Pengumuman

Di sini tersenarai koleksi semua pengumuman-pengumuman penting untuk semua Ahli-ahli PESAMP

PDAM Meminta Perubahan APM

posted by Admin Pesamp   [ updated ]

Salam Semua RN,

Berikut adalah artikel dan video tentang perjuangan PDAM untuk perubahan APM, terutama perlindungan daripada kesan negatif pengapungan harga dan juga kenaikan komisyen.

Article TheStar

Article PDAM on APM Review

Article The Star 11 Dec 2017

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/12/11/review-of-automatic-price-mechanism-for-fuel-likely/

Apa yang di perjuangkan oleh PDAM adalah:

  1. Perlindungan terhadap impak negatif pengapungan harga mingguan
  2. Kenaikan komisyen berikutan kenaikan kos, dan ini perlu di kaji tahunan berikutan perubahan faktor-faktor berikut:
    • Caj kad kredit
    • Gaji minima
    • Tariff bil utiliti
    • Inflasi
    • Harga pam dan kesan perubahan harga.
  3. Oleh itu PDAM akan mengemukakan kertas cadangan perubahan APM kepada pihak KPDNKK.
Wasalam
PESAMP

Pungutan Suara Baju Manager-Supervisor

posted by Admin Pesamp   [ updated ]

Undian Warna Baju Manager / Supervisor


Pungutan Suara KP Nite 2017

posted Oct 12, 2017, 7:22 AM by Admin Pesamp   [ updated Oct 12, 2017, 7:22 AM ]

PESAMP telah mendapat maklumbalas bahawa ramai dealers yang tidak bersedia untuk mengadakan KP Nite untuk tahun ini kerana keadaan bisnes yang gawat.

PESAMP bersetuju dengan sebab-sebab yang telah di berikan oleh dealers yang berpandangan demikian.

Namun, bagi berlaku adil kepada semua pihak termasuk dealers dan KP, PESAMP ingin membuat pungutan suara ini bagi mendapatkan kepastian dan kata sepakat semua dealer Petronas seluruh negara untuk disampaikan kepada pengurusan PDB.

Di harap semua dealers memberikan maklumbalas dengan ikhlas.

Pautan kepada Pungutan Suara - http://www.pesamp.org/pungutan-suara-kp-nite

KP Uniform Order Progress

posted Aug 24, 2017, 9:02 PM by Admin Pesamp   [ updated Aug 24, 2017, 10:11 PM ]

2017-08 Uniform Sizes Order ‎(Responses)‎


Tackling Product Loss Issue

posted Mar 21, 2017, 11:55 AM by Admin Pesamp   [ updated Mar 21, 2017, 4:19 PM ]

To better understand issues relating to product loss, PESAMP also conducted visits to the following:


14th February 2017

SENSE SERVICES SDN BHD – Negeri Sembilan

 

 

  • responsible for the calibration of most underground tanks

  • road tanker calibration mainly for southern region

  • calibration of depot master meter

  • main business is upstream

During the visit, we were brief on the operating procedure for underground tank calibration (attachment link).

The team also shared ways in which ullege marker can be tampered and manipulated.

We were also invited to witness a road tanker calibration that was in process at the time.

 

Example of ullege marker which can be adjusted even though both seal still intact

Example of a fake ‘welded bolt’ which can be adjusted

Example of blank calibration plate

 

15th February 2017

OGA SISTEM SDN BHD – Klang

 Responsible for the calibration of most road tankers in peninsular Malaysia.

During the visit, we were brief on the operating procedure for road tanker calibration (attachment link).

 

Photo of a new typical ullege marker

We were also invited to witness a road tanker calibration that was in process at the time.

Two tankers being calibrated that day

Master meter used to dispense water for calibration purpose

Seal use by OGA which is loop around the manhole collar to make it harder to tamper with




Water storage tanks

Prover tanks

Calibration table which is normally issued 3-4 hours after the calibration process

21st February 2017

NATIONAL METROLOGY INSTITUTE of MALAYSIA (NMIM) – Sepang

www.nmim.gov.my

Fruitful discussion with Dr. Osman Zakaria (Senior Director of NMIM) and Dr. Abdul Rahman Mohamed (Deputy Director Flow Group)

  

Our National Metrology Institute of Malaysia is under SIRIM and is responsible for:

 

Roles of NMIM relevant to our industry:

  1. Provide traceability using API standards for master meter and prover tank calibration. Audit carried out once a year.

  2. T-Ruler calibration

  3. NMIM, KPDNKK and MCM have meetings every couple of months to solve any problem that may arise.

 

Key notes from the discussion:

  • Proposal by Metrology Corporation Malaysia (MCM) to conduct road tanker calibration once every 3 years instead of 5 years currently.

Action plan:

PESAMP through PDAM will write in to support this proposal

  • MCM was setup in 2005 and till now do not possess any standard operating procedure (SOP) or official guidelines on road tanker calibration. They do however have an internal memo/circular which cannot be shared.

     

    Action plan:

     

    PESAMP through PDAM will write in to KPDNKK to initiate a proper guideline/SOP to be establish which will facilitate standardization, traceability and accountability with regards to road tanker calibration done nationwide.

Perbincangan Terbuka PDAM & PESAMP & Isu EGM/AGM PESAMP

posted Mar 20, 2017, 8:54 PM by Admin Pesamp   [ updated Mar 20, 2017, 8:57 PM ]

Salam semua,

 

Saya dengan rendah hatinya ingin menjemput semua pihak untuk hadir ke majlis perbincangan PESAMP yang akan di adakan bersama dengan Roadshow PDAM yang akan di laksanakan pada hari Rabu ini.

 

Butiran adalah seperti berikut:

 

  • Tarikh: 22 Mac 2017 (Rabu)
  • Tempat: Kelab Shah Alam
  • Masa: Selepas perhimpunan PDAM yang bermula pada 9:30 am

 

Di sini kami barisan AJK PESAMP ingin membuat perbincangan terbuka mengenai perkara-perkara yang banyak di sebut kebelakangan ini, iaitu isu EGM.

 

Adakah pihak AJK PESAMP menentang EGM/AGM untuk di adakan?

 

Kami barisan AJK PESAMP tiada halangan untuk sebarang EGM/AGM. Sebenarnya itulah yang telah kami sama-sama berbincang dan membuat keputusan bersama dengan rakan-rakan AJK lama PESAMP; setelah perbincangan mengenai kontrak itu selesai dan terma-terma yang di beri kepada kita, maka PESAMP akan membuat satu EGM/AGM untuk kita secara bersama membuat keputusan untuk menerima atau menolak kontrak tersebut, selain terus memperjuangkan untuk penambahbaikan REDA untuk rakan-rakan yang menandatangani REDA.

 

Sila rujuk ucapan tahun baru 2017 yang telah di email kepada semua atau seperti di website PESAMP (http://www.pesamp.org/pengumuman/ucapanselamattahunbarupresidenpesamp). Bahagian yang saya maksudkan dalam ucapan itu adalah berikut:

 

Jelas di atas telah di putuskan untuk satu keputusan di buat di dalam EGM/AGM (kerana AGM PESAMP akan di buat dalam bulan April atau Mei 2017) kerana kami merasakan perbincangan mengenai kontrak baru akan selesai sebelum 1hb April 2017, namun perbincangan ini telah di tangguhkan disebabkan:

  • Isu harga siling
  • PDAM telah berjaya mendapatkan persetujuan KPDNKK supaya selepas ini tiada lagi kenaikan kos seperti OLF tanpa kebenaran pihak KPDNKK.

 

Penangguhan ini telah sama-sama di buat antara pihak PDB dan EXCO PESAMP dalam mesyuarat kita bersama PDB baru-baru ini. Sila rujuk artikel ini http://www.pesamp.org/pengumuman/jalinankerjasamadenganpdb.

 

Oleh itu perbincangan ini tertangguh, dan EGM/AGM belum sampai masa untuk membuat keputusan untuk menerima atau menolak perjanjian baru ini. Tetapi sekiranya ingin di adakan juga, marilah bersama-sama berbincang secara terperinci dulu sebelum merangka usul untuk EGM/AGM ini. Sebagai contoh usul yang kita nak bawa dulu adalah penerimaan atau penolakan perjanjian baru dalam EGM/AGM. Sekarang apakah usul-usul selain ini yang akan dibawa?

 

Kempen memburukkan PESAMP selari dengan kempen mengadakan EGM?


Kemusykilan timbul kerana desakan untuk mengadakan EGM ini datang daripada satu kumpulan AJK yang tidak diketahui siapa. Ada desas desus bayangan siapa dalam AJK tersebut, namun tiada di mana-mana tertulis siapakah AJK EGM ini. Dan apakah motifnya untuk bypass pihak AJK PESAMP dan memanggil EGM ini tanpa melalui PESAMP atau mengikut perlembagaan? Perlembagaan kita kan ada, prosedurnya perlu tulis ke SU PESAMP untuk di bincangkan di dalam mesyuarat AJK, dan mesti ada usul yang terang, bukan sekadar topik perbincangan semata-mata. Dan pihak AJK PESAMP akan membuat keputusan samada untuk memanggil EGM/AGM atau tidak, dan sekiranya di panggil EGM atau usul di bawa ke AGM, perlu menyertakan usul-usul yang jelas. Tiada di sebut dalam Perlembagaan kita ada AJK EGM selain AJK PESAMP.

 

Banyak persoalan lain timbul:

  • Bila PESAMP membuat keputusan untuk membawa isu ini dalam AGM, kenapa tidak bersetuju walhal itulah persetujuannya dulu? Kenapa berkeras untuk EGM sedangkan AGM pun sama fungsinya?
  • Bila PESAMP berjumpa ahli-ahli di negeri masing-masing mengapa menyatakan itu Divide and Rule?
  • Bila PESAMP ajak berbincang bersama mengapa tidak hadir pula?
  • Mengapa berkeras hanya akan hadir dalam EGM yang di terajui oleh AJK EGM yang tidak dikenal pasti dan tidak di beri kuasa dalam perlembagaan kita?

 

Keraguan kami makin memuncak apabila ada msg-msg sebegini yang telah di sebarkan secara senyap direct kepada rakan-rakan tertentu yang mana kami syaki di mulakan oleh individu-individu yang berkait dengan AJK EGM ini. Saya sudah mengenal pasti individu-individu yang menyebarkan msg whatsapp ini dan beberapa lagi msg fitnah lain seperti ini. Sebagai contoh, berikut adalah dua Whatsapp daripada individu-individu tersebut yang telah di forwardkan ke beberapa ahli. Ahli-ahli kita pula yang terbuka hati, memanjangkan msg ini kepada AJK PESAMP:


Adakah ini secara berhemah? Memanggil Persatuan kita ASS? Di ikuti dengan fitnah semata-mata mengatakan PESAMP punca ceiling price? Kami ada bukti termasuk confirmation daripada Datuk Seri Johari sendiri bahawa isi kandungan message ini tidak betul. Rakan-rakan boleh membaca penerangan PESAMP dan PDAM mengenai isu ini di sini - http://www.pesamp.org/pengumuman/penjelasanmengenaipendirianpdampesampmengenaiisuhargasilingdanpenukaranhargamingguan. Kami daripada mula mempunyai pendirian perubahan perlu di hadkan kepada 5 sen untuk tidak membebankan dealers dan pengguna, tidak pernah kami mencadangkan harga mingguan.

 

Usul atau Topik Perbincangan?


AGENDA EGM

  1. Perjanjian Baru (penyelarasan perjanjian oleh PDB)
    1. Kekalkan DLA
    2. Penambahbaikan REDA
  2. Analisa dan kadar Komisen terkini
  3. Menerangkan tentang perkembangan situasi terkini
    1. Semakan harga mingguan
    2. Harga siling
  4. ASR vs SMP
  5. Flow meter
  6. Promosi MESRA
    1. Promosi Kedai Mesra yang tidak sesuai
    2. Kenaikan royalti kedai mesra
  7. Full Self Service
  8. Hal-hal berkaitan urustadbir organisasi
  • Item 2, 3, 5 dan 7 akan di bincang dalam sessi PDAM.

 

  • Item 1 seperti di tulis di atas telah ditangguhkan. Boleh kita bincang bersama tapi tiada usul di sini kerana perjanjian baru telah di tangguh.

 

  • ASR vs SMP – ini ada di bawah perbincangan PDAM, dan boleh kita juga berbincang bersama bawah PESAMP. Apakah usul di sini?

 

  • Hal-hal berkaitan urustadbir, apakah hal-halnya, dan apakah usulnya?

 

  • Ini semua perlu diperjelaskan dan diperhalusi sebelum notis EGM dikeluarkan dengan menyertakan usul-usul yang jelas

 

Keraguan antara ahli menimbulkan banyak teori

 

  • Tidak pernah di bincang atau terfikir isu penggulingan AJK sedia ada. Yang membuat sesetengah pihak terfikir adalah msg whatsapp me war-warkan EGM itu sendiri yang ada menyebut tidak akan menggulingkan mana-mana AJK. Bila di sebut timbul keraguan. Oleh kerana kenyataan ini membuatkan ramai ahli terfikir adakah mungkin ini motifnya, lebih-lebih lagi dalam semua message whatsapp yang awal tidak di sebut agenda 8 iaitu hal-hal berkaitan urustadbir organisasi, tetapi bila klik link ada pula agenda itu. Macam misleading pula.
  • Ada juga ura-ura nak memperkenalkan Council of the Elders atau Panel Penasihat atau Board of Director. Kalau ada, perlu di perjelaskan apakan fungsi dan bidang kuasa. Adakah ini bermakna kita nak evolve seperti cadangan saya mengikut pertubuhan di Australia dan negara maju, untuk mengadakan Board of Director tergolong Dealers, dan para eksekutif di bawah yang digajikan sepenuh masa untuk membuat kerja-kerja persatuan? Mana sumber pendapatan untuk membolehkan ini berlaku? Manakah yuran tahunan semua ahli-ahli?
  • Ada yang kata EGM ini membazir masa dan duit kerana AGM dah dekat, di cadangkan untuk membuat AGM terus dan bawa usul-usul yang sama.
  • PESAMP pun telah bersetuju nak buat EGM/AGM untuk bincang isu kontrak, kenapa AJK EGM lain yang hendak mentadbir EGM ini di belakang AJK PESAMP tanpa mengikuti perlembagaan?

 

Justeru

 

  • Di saat genting ini, marilah kita bersatu.
  • Tolong beri senarai nama AJK EGM ini, dan datanglah berbincang dengan AJK PESAMP sedia ada. Saya berjumpa rakan-rakan di Sarawak ramai yang mengingatkan EGM ini di kendalikan oleh AJK PESAMP.
  • Untuk tidak lagi timbul keraguan, marilah kita bersama-sama berbincang secara berhemah, tanpa rhetoric, tanpa msg2 berunsur fitnah atau memburukkan nama baik PESAMP.
  • Datanglah ke perjumpaan PESAMP bersama ahli hari Rabu ini
  • Kita bincang sama, kita ni sama, kita semua dealers

 

Wasalam

Presiden PESAMP

Jalinan Kerjasama Dengan PDB

posted Mar 10, 2017, 3:55 AM by Admin Pesamp   [ updated Mar 20, 2017, 9:48 AM ]

Dalam mengharungi fasa yg tidak menentu ini, Presiden dan Exco meneruskan lagi usaha demi menjaga masa depan RN dan juga perniagaan kita. 

Kita perlu lebih fokus dan teratur dalam menghadapi persaingan. Kerjasama yang lebih matang dan erat dalam satu jenama. Jenama kita adalah PETRONAS!


Kali ini mengadakan perjumpaan bagi menentukan focal point dari PDB untuk bekerjasama dgn PESAMP. 

Matlamat utama ialah untuk menjadikan PETRONAS pilihan utama pelanggan.

Bidang yang dikenalpasti skrg adalah:
1. mesra
2. low vol
3. cards/system
4. delivery
5. marketing
6. finance

Namun, perbincangan perjanjian baru telah ditangguhkan kerana perlaksanaan harga siling akan merumitkan perbincangan buat masa ini.

Kami amat memerlukan feedback dan kerjasama dari kalangan RN bagi memantapkan pasukan ini. 

Kepada yg berminat untuk menyumbang dan menyertai kami, bolehlah menghubungi mana mana AJK atau EXCO berdekatan.



Pendirian PDAM/PESAMP mengenai isu Harga Siling dan Penukaran Harga Mingguan

posted Mar 6, 2017, 6:43 AM by Admin Pesamp   [ updated Mar 19, 2017, 3:41 AM ]

7hb Mac, 2017: Maklumat Terkini,

YB Menteri KPDNKK telah memberi jaminan bahawa sebarang perang harga hanya akan melibatkan margin syarikat minyak. Ini telah memberi sedikit comfort level kepada kami, namun pihak PDAM masih tidak dapat kepastian selagi perbincangan yang lebih ketara dan teliti bersama pihak syarikat minyak dan KPDNKK, di buat terhadap mekanisma yang akan di pergunakan.
____________________________________________________________

6hb Mac, 2017.

Salam semua RN,

Kebelakangan ini ada pelbagai kenyataan yang menimbulkan kekeliruan mengenai pendirian PDAM & PESAMP mengenai isu penetapan harga mingguan mahupun penetapan harga siling.

Sebagai contoh Berita TV3 ada menyebut bahawa pendirian PDAM menyokong perubahan harga pam secara mingguan. Manakala berita daripada laman web motokar popular iaitu PaulTan pula menyatakan sebaliknya. Berita NTv7 yang mengadakan sessi dialog juga telah terang-terang menyatakan pendirian PDAM bahawa apa juga mekanisma yang di tetapkan, PDAM meminta bahawa penukaran harga adalah dalam kuantum yang kecil.

Di sini ingin di nyatakan sekali lagi bahawa pendirian PDAM adalah sama sejak permulaan mekanisma penukaran harga bulanan bermula pada Disember 2014.

PDAM telah mencadangkan bahawa mekanisma yang di tetapkan oleh kerajaan memastikan supaya perubahan harga tidak melebihi 5 sen setiap kali dan TIDAK pernah mencadangkan perlaksanaan Harga Siling mahupun perubahan harga mingguan. Disertakan salinan Powerpoint slide yang PDAM persembahkan kepada pihak Kerajaan sebagai rujukan.


Mengenai isu harga siling, kami masih tidak mendapat gambaran jelas daripada pihak kerajaan dari segi mekanisma penetapan harga pam samada di buat oleh Syarikat Minyak atau pengusaha atau kedua-duanya sekali, dan kami masih lagi dalam perbincangan dengan pihak kerajaan. Cuma pendirian asal PDAM adalah tidak bersetuju dengan penetapan harga siling oleh sebab perkara-perkara berikut:


  1. Ia akan mengakibatkan harga di pam tidak seragam dan boleh menjurus kepada kegiatan atau aktiviti perniagaan yang tidak sihat.
  2. Harga siling akan menjadikan pemangkin kepada Perang Harga dan melibatkan diskaun melalui margin. Apabila margin susut bermakna tiada keuntungan. Sehubungan dengan itu ramai pengusaha gulung tikar dan tiada lagi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan untuk anak-anak tempatan. Adalah di anggarkan industri ini mempunyai lebih kurang 50,000 tenaga kerja, yang mana lebih 45,000 adalah anak-anak tempatan dari golongan B40. Selebihnya adalah pekerja asing yang kebanyakkannya bekerja di kawasan bandar seperti Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor Bharu dan ibu negeri di Semenanjung Malaysia.
  3. Sebarang penetapan harga pam (Price Fixing) samada bersamaan dengan harga siling ataupun hasil perbincangan bersama oleh Syarikat Minyak mahupun Pengusaha sendiri akan melanggar Akta Persaingan 2010. Ini akan memaksa perang harga berlaku.
  4. Perang Harga mendatangkan kesan negatif dan pengguna hanya menikmati harga murah dalam jangkamasa pendek dan pengusaha pulak gulung tikar. Bila ramai pengusaha gulung tikar semua stesen diambil alih oleh syarikat besar.
  5. Ketika itu harga akan naik dan tiada lagi persaingan sepertimana yang berlaku di negara -negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Filipina.
  6. Pengguna di kawasan luar bandar akan dibebankan dengan harga pam yang tinggi kerana kekurangan persaingan.

PESAMP Roadshows (2014-2016 & 2016-2018)

posted Mar 3, 2017, 6:10 PM by Admin Pesamp   [ updated Mar 3, 2017, 6:25 PM ]

Roadshow Southern 1, 1 March 2017

 

PESAMP was invited to have a sharing and dialogue session with dealers from Northern Johor, Melaka and Negeri Sembilan. More than 70 dealers were present. Amongst others topics discussed were Ceiling Price, Mesra - Bi Forst & Low Volume.


____________________________________________________________________

 

Roadshow from 2014-2016 Archive

 

Roadshow Sabah, 14 Oct 2016

 

 

Roadshow Kelantan, Feb 2016

 

Roadshow Terengganu, Feb 2016

 

Roadshow Kuantan

 

 

Roadshow Southern 2, 3 June 2016

 

Roadshow Northern 1, 22 April 2016

 

 

Roadshow Sarawak Kuching & Miri - 21 Oct 2015

Government Proposal to Set Ceiling Price

posted Mar 3, 2017, 7:58 AM by Admin Pesamp   [ updated Mar 21, 2017, 11:21 AM ]

22nd of March: PDAM was informed of the good news

No Price War!
_______________________________________________________________________________________

13th of March: PDAM meeting with RS Division

Again PPDAM reiterated that price war will kill many low volume dealers. PDAM also highlighted the volatility of the market price when its averaged weekly.
_______________________________________________________________________________________

9th of March 2017: YB Minister meeting with OilCo

YB Minister request price war to only use OilCo’s margin. OLF not to be increased anymore without KPDNKK approval. . Taskforce to be formed to further refine weekly ceiling price mechanism.


_______________________________________________________________________________________

8th March 2017: PDAM meeting with KPDNKK RS Division

Discussed concerns on potential inability to protect dealers margin in case of price war amongst OilCo on daily basis & highlighted other concerns. Also further discussed how Dealers mmargin could be protected, and to lower other costs.
_______________________________________________________________________________________

7hb Mac 2017: 
Perjumpaan PDAM bersama YB Menteri KPDNKK



Kami memberi penjelasan lebih lanjut tentang apa kemungkinan yang akan berlaku sekiranya cadangan kerajaan diteruskan. Pendirian PDAM adalah kami tidak mahu price war.

YB Menteri mengambil maklum dan akan berjumpa dengan syarikat minyak pada hari Khamis ini. 

Sebelum itu, PDAM di minta berjumpa dengan pihak KPDNKK esok bagi memberikan maklumat lanjut seperti yang diminta oleh YB Menteri.

Butiran permintaan kami tak dapat kongsikan sekarang kerana ia melibatkan perbincangan antara beliau bersama syarikat minyak. 

Akan tetapi YB Menteri memberi jaminan bahawa kepentingan pengusaha akan dilindungi (sebarang kenaikkan Caj atau perubahan kepada Perjanjian antara Dealers dan Syarikat Minyak perlu mendapatkan kelulusan pihak KPDNKK dahulu) dan memastikan mekanisma yang akan dilaksanakan tidak akan merugikan pengusaha.                         
______________________________________________________________________________

6th March 2017 - PDAM had a second session with PMO on the Ceiling Price Mechanism


Perjumpaan kedua bersama pihak Pegawai Khas dan Ketua Bahagian Ekonomi PM berkenaan harga Siling di Parlimen. PDAM diwakili semua Brand Association yang rata-ratanya masih tertanya-tanya tentang perkara ini.

Selari dgn petisyen yg kita tandatangani, kami masih kekal dgn pendirian bahawa kami tetap mahukan

1. Kerajaan untuk menetapkan harga pam
2. Komisen kita di semak semula dan di pertahankan
3. Layan diri sepenuhnya 
4. Pengurangan caj kad kredit

Pihak PMO akan meneliti perkara ini semula dan mereka juga akan cuba mendapatkan penjelasan lanjut agar semua pihak mendapat gambaran sepenuhnya.

Selanjutnya, PDAM akan berjumpa dengan YB Menteri KPDNKK pada 7hb Mac 2017, 2.30 pm bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
______________________________________________________________________________________

3rd March 2017 - PDAM & PESAMP met with KPDNKK to discuss letter and petition submited. Our stand is:


  1. Government to set pump price as in current practice. The frequency of price change to be at Government's sole discretion
  2. Protection and Revision of Dealers' Commission be implemented immediately
  3. Enforce full self service
  4. Minimise Credit Card Charges
YBhg TKSU will brief the YB Minister and PDAM will be expected to meet the Minister soon.
____________________________

1st March 2017 - PDAM & PESAMP met with PMO to submit petition to YAB PM and discuss issues relating to Ceiling Price and Commission.


PDAM SUK also submitted the letters and petition to the two Ministers by the  24th Feb 2017.

____________________________

23rd to 27th Feb 2017 - Period where Online Petition created by PDAM/PESAMP was active; in order to get all dealers in Malaysia to sign against Price Ceiling mechanism.


Final total of signatories are 2,285 or around 68% of all dealers nationwide 24th Mar 2017.
____________________________

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1327835

9th Feb 2017 - MK2 mentioned government considering weekly ceiling price to media, with Oil Company having the option to follow the price or offer further discount.

Government also mindful that the change may lead to rural folks paying more for fuel. Targeted subsidy or other assistance will be given to the lower income groups especially in rural areas.

____________________________

8th Feb 2017 - Meeting with MoF to discuss possible increase in frequency of pump price change. No mention of Price Ceiling mechanism, only that there could be weekly or bi-monthly change in pump price.

PESAMP & PDAM not agreeable unless Dealer's margin protected and ordering be done by dealers. Attended by President & Vice President of PESAMP and president of PeDAM.
____________________________

6th Feb 2017 - PESAMP President met with Datuk Seri Johari Ghani to discuss on his suggestion on increase in frequency of pump price change.

Reason given by MoF is to reduce government subsidy and to reduce the quantum of changes to lessen the burden to consumers. It was mentioned that the Dealer's margin not to be touched.

_____________________________

2nd February 2017 - PESAMP and PDAM were invited for meeting with KPDNKK - To discuss increased frequency of fuel pump price change. Things discussed:
  • Price set on weekly basis
  • Price Announcement by PDAM
  • Price Mechanism (APM) published
PESAMP and PDAM objected to this if the commission issue not solved.

1-10 of 35