Pengumuman‎ > ‎

Ahli PESAMP & RN PS Bukit Bunga Perak, Puan Nor Zairani Bt. M Shah telah kembali ke Rahmatullah

posted Jan 28, 2016, 9:01 PM by Admin Pesamp

As Salam Dan Salam Sejahtera kepada semua Rakan Niaga sekelian.

Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Nor Zairani Bt M Shah, Rakan Niaga Ps Jln Sultan Azlan Shah, Ipoh telah Kembali Kerahmatulah pada 28 Jan 2016 Jam 8.45 malam di Hospital Besar Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau meninggal dunia disebabkan sakit 'Advanced Ovarian Carcinoma'. Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kelumpang, Selangor pada 29 Jan 2016 jam 10.00 pagi.

Allahyarhamah telah menjadi Rakan Niaga selama 13 tahun dan merupakan seorang Rakan Niaga yang lemah lembut dan mudah bergaul dengan Rakan-Rakan yang lain. Aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Petronas.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah

Comments