Salam Dealers,
Sukacita dimaklumkan bahawa PDAM telah menerima surat daripada pejabat TPM seperti yang di lampirkan. Ini adalah susulan surat yang telah dikirim oleh PDAM pada 9hb Disember 2013. Ini bermakna semua dealer yang mempunyai pekerja 6P boleh memperbaharui permit. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperbaharui permit pekerja 6P stesen:
Semua pekerja 6P perlu mendapatkan surat kebenaran daripada KDN untuk memperbaharui permit, termasuk pekerja yang permit telah tamat ataupun permit asal yang diluluskan tempoh 3 tahun. Sekiranya ada yang ingin mendapatkan bantuan ejen untuk pembaharuan permit, sila hubungi ejen-ejen yang berhampiran atau menelefon saya.
Wasalam, Khairul Annuar Aziz Setiausaha, PESAMP |
Pengumuman >