Pengumuman‎ > ‎

Kursus Asas First Aid & CPR (Kerjasama PESAMP & PBSM KL)

posted Oct 17, 2015, 6:53 AM by Admin Pesamp   [ updated Oct 17, 2015, 7:51 AM ]


Pada 29 September, dengan berkat kerjasama PESAMP dan Bulam Sabit Merah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (BBSM KL), hampir seratus peserta terdiri daripada KP dan RN seluruh Lembah Lkang telah bersama-sama melalui kursus First Aid & CPR yang di kendalikan oleh BBSM KL.

Ini adalah pelancaran kursus yang akan di tawarkan kepada semua ahli serta KP di seluruh Malaysia, bagi menyokong usaha PDB dan BBSM untuk memastikan setiap stesen mempunyai sekurang-kurangnya 4 First Aider bertauliah.

Alhamdullilah kursus telah di sempurnakan dan sijil telah di serahkan kepada peserta oleh Timbalan Pengerusi merangkap Pengurus Besar Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Hj. Yusof bin Ariffin.

Terima kasih Hj Ahmad Budin, selaku AJK Kuala Lumpur PESAMP yang juga memegang jawatan Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur kerana berjaya menganjurkan kursus dengan jayanya.

Kursus First Aid & CPR ‎(BBSM KL & PESAMP)‎


Comments