Pengumuman‎ > ‎

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENGUSAHA STESEN MINYAK PETRONAS (PESAMP) KE-31

posted Oct 26, 2016, 5:59 AM by Admin Pesamp   [ updated Nov 4, 2016, 6:23 PM ]

Tarikh: 27 Oktober 2016

 

 

Ahli PESAMP dan Rakan Niaga seluruh negara,

 

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENGUSAHA STESEN MINYAK PETRONAS (PESAMP) KE-31

 

Sukacita dimaklumkan bahawa PESAMP akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-31 bagi penggal 2016/2018. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

 

Tarikh             :           Sabtu, 26hb November 2016

Masa               :           10.00 pagi – 3.30 petang

Pendaftaran   :           10.00 pagi

Tempat           :           Tulip Hall, D’Saji KL Titiwangsa

                                     Lot 143, Seksyen 87

                                     Restoran Terapung

                                     Jalan Kuantan

                                     53200 Kuala Lumpur

Pakaian          :           Uniform Petronas / Wakil Penjual

 

  

Agenda Mesyuarat

  

Agenda 1

Ucapan Presiden PESAMP Penggal 2014/2016

Dato' Khairul Annuar Bin Abdul Aziz

Agenda 2

Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung ke 30 yang diadakan pada 26 April 2015

Agenda 3

Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti PESAMP 2015/2016

Agenda 4

Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2015

Agenda 5

Agenda 6

Pembubaran AJK Sessi 2014/2016

Perkara berbangkit (Jika ada)

Agenda 7

Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Sementara dan Pencatat Minit Mesyuarat

Agenda 8

Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru Penggal 2016/2018

i.              Satu (1): Presiden

ii.             Satu (1): Timbalan Presiden

iii.            Tiga (3): Naib Presiden

iv.           Satu (1) : Pegawai Perhubungan

v.             Tiga belas (13): AJK Biasa (Setiap negeri seorang)

vi.           Dua (2) : Juruaudit Kehormat

Agenda 9

Pembentangan dan Pembahasan Pindaan Undang-undang

Agenda 10

Pembentangan dan Pembahasan Usul-usul (Jika ada)

Agenda 11

Ucapan Penangguhan Presiden PESAMP Penggal 2014/2016

 

2.         Disertakan borang pencalonan Ahli Jawatankuasa untuk pemilihan bagi penggal baru 2016/2018. Borang pencalonan perlu disertakan yuran pemprosesan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja) untuk satu-satu jawatan. Jika  Penarikan diri oleh calon kurang dari 7 hari sebelum hari pemilihan akan menyebabkan yuran pemprosesan tidak akan dikembalikan.

 

3.         Kepada Rakan Niaga yang masih belum menjadi ahli seumur hidup, anda dikehendaki membawa bayaran keahlian sebanyak RM1,100.00 untuk pendaftaran di kaunter yang disediakan. Peringatan juga kepada semua ahli untuk membawa tunai/cek berjumlah RM150 untuk yuran tahunan.

 

4.         Borang-borang pencalonan dan usul-usul untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ini hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kehormat PESAMP tidak lewat dari 12hb November 2016 melalui email (setiausaha@pesamp.org).

 

 

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

 

JAAFAR BIN AHMAD

Setiausaha Kehormat

PESAMP

** Borang Pencalonan, Peta Lokasi dan Salinan Akaun Beraudit ada di sertakan dalam Notis Mesyuarat yang di sertakan di bawah
Comments