Pengumuman‎ > ‎

Pemulangan Duit 10+3

posted Mar 24, 2019, 2:55 AM by Admin Pesamp   [ updated Mar 25, 2019, 4:46 PM ]

Proses Pembaharuan 10+3

Proses pembaharuan 10+3 adalah seperti berikut:

  1. Pembaharuan mengikut batch (Contoh semua passport yang akan mati bulan mac 2018)
  2. PESAMP mengumpul semua passport berkenaan
  3. Serahkan passport ke ejen
  4. Ejen menghantar invoice untuk pembayaran
  5. Bendahari isu pembayaran berlandaskan invoice
  6. Ejen proses pembaharuan
  7. Ejen serahkan semua passport yang telah di lekatkan permit
  8. PESAMP post kan semua passport ke pekerja
Proses ini telah di lakukan daripada mula Disember 2016 sehingga sebelum PRU14.

PRU14

  1. Apabila hampir PRU 14, ejen telah memberitahu bahawa kemungkinan 10+3 tidak di sambung sekiranya ada perubahan di KDN (seperti tukar menteri dll).
  2. Ejen meminta PESAMP mendapatkan sebanyak mana passport yang boleh untuk di proses
  3. PESAMP telah menghantar sebanyak XX permohonan.
  4. PRU14 dan kerajaan telah bertukar.
  5. Arahan kerajaan baru tiada pembaharuan selepas tahun 10 di benarkan (Yang telah mendapat kelulusan khas Menteri KDN yang dulu).
  6. Sebanyak 92 permohonan tidak dapat di proses (tahun 11 sebanyak 22 dan tahun 12 sebanyak 78).
  7. Ejen pula di dapati ada kena mengena dengan bekas menteri KDN dan terdapat isu pembekuan akaun, perampasan dokumen termasuk resit pembayaran ke imigresen, kerana di siasat oleh pihak berkuasa
  8. Oleh itu, buat masa ini ejen tidak dapat memulangkan duit yang telah di bayar
  9. PESAMP masih sedang mendapatkan kepastian daripada Imigresen sekiranya ada pembayaran yang telah di buat untuk levi dll, supaya boleh proses pemulangan wang.

Status pemulangan (Setakat 22 Mac 2019)

Status

Tahun 11

Tahun 12

Jumlah

Dalam akaun PESAMP dan pembayaran balik penuh

 8

7

 56,055

Telah proses dan di bayar balik

19

3

  48,205

Telah proses dan sedang bayar balik

3

67

130,685

Jumlah

22

70

207,945

 

Nota: Semua pembayaran akan selesai menjelang AGM ini

Penjelasan Jumlah Pembayaran balik:

  1. Semua permohonan yang belum di hantar ke ejen, telah di bayar balik penuh (7 x RM2900)
  2. Bagi permohonan yang telah di bayar ke ejen, PESAMP akan memulangkan:
    • Bagi tahun ke 12, RM1,850 iaitu duit levi yang boleh di claim daripada imigresen nanti (sekiranya berjaya mendapatkan tuntutan nanti)
    • Bagi tahun ke 11, RM2245 (levi RM1,850, agreement RM150 dan yuran pembaharuan permit RM245)
Comments