Pengumuman‎ > ‎

Pendirian PDAM/PESAMP mengenai isu Harga Siling dan Penukaran Harga Mingguan

posted Mar 6, 2017, 6:43 AM by Admin Pesamp   [ updated Mar 19, 2017, 3:41 AM ]
7hb Mac, 2017: Maklumat Terkini,

YB Menteri KPDNKK telah memberi jaminan bahawa sebarang perang harga hanya akan melibatkan margin syarikat minyak. Ini telah memberi sedikit comfort level kepada kami, namun pihak PDAM masih tidak dapat kepastian selagi perbincangan yang lebih ketara dan teliti bersama pihak syarikat minyak dan KPDNKK, di buat terhadap mekanisma yang akan di pergunakan.
____________________________________________________________

6hb Mac, 2017.

Salam semua RN,

Kebelakangan ini ada pelbagai kenyataan yang menimbulkan kekeliruan mengenai pendirian PDAM & PESAMP mengenai isu penetapan harga mingguan mahupun penetapan harga siling.

Sebagai contoh Berita TV3 ada menyebut bahawa pendirian PDAM menyokong perubahan harga pam secara mingguan. Manakala berita daripada laman web motokar popular iaitu PaulTan pula menyatakan sebaliknya. Berita NTv7 yang mengadakan sessi dialog juga telah terang-terang menyatakan pendirian PDAM bahawa apa juga mekanisma yang di tetapkan, PDAM meminta bahawa penukaran harga adalah dalam kuantum yang kecil.

Di sini ingin di nyatakan sekali lagi bahawa pendirian PDAM adalah sama sejak permulaan mekanisma penukaran harga bulanan bermula pada Disember 2014.

PDAM telah mencadangkan bahawa mekanisma yang di tetapkan oleh kerajaan memastikan supaya perubahan harga tidak melebihi 5 sen setiap kali dan TIDAK pernah mencadangkan perlaksanaan Harga Siling mahupun perubahan harga mingguan. Disertakan salinan Powerpoint slide yang PDAM persembahkan kepada pihak Kerajaan sebagai rujukan.


Mengenai isu harga siling, kami masih tidak mendapat gambaran jelas daripada pihak kerajaan dari segi mekanisma penetapan harga pam samada di buat oleh Syarikat Minyak atau pengusaha atau kedua-duanya sekali, dan kami masih lagi dalam perbincangan dengan pihak kerajaan. Cuma pendirian asal PDAM adalah tidak bersetuju dengan penetapan harga siling oleh sebab perkara-perkara berikut:


  1. Ia akan mengakibatkan harga di pam tidak seragam dan boleh menjurus kepada kegiatan atau aktiviti perniagaan yang tidak sihat.
  2. Harga siling akan menjadikan pemangkin kepada Perang Harga dan melibatkan diskaun melalui margin. Apabila margin susut bermakna tiada keuntungan. Sehubungan dengan itu ramai pengusaha gulung tikar dan tiada lagi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan untuk anak-anak tempatan. Adalah di anggarkan industri ini mempunyai lebih kurang 50,000 tenaga kerja, yang mana lebih 45,000 adalah anak-anak tempatan dari golongan B40. Selebihnya adalah pekerja asing yang kebanyakkannya bekerja di kawasan bandar seperti Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor Bharu dan ibu negeri di Semenanjung Malaysia.
  3. Sebarang penetapan harga pam (Price Fixing) samada bersamaan dengan harga siling ataupun hasil perbincangan bersama oleh Syarikat Minyak mahupun Pengusaha sendiri akan melanggar Akta Persaingan 2010. Ini akan memaksa perang harga berlaku.
  4. Perang Harga mendatangkan kesan negatif dan pengguna hanya menikmati harga murah dalam jangkamasa pendek dan pengusaha pulak gulung tikar. Bila ramai pengusaha gulung tikar semua stesen diambil alih oleh syarikat besar.
  5. Ketika itu harga akan naik dan tiada lagi persaingan sepertimana yang berlaku di negara -negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Filipina.
  6. Pengguna di kawasan luar bandar akan dibebankan dengan harga pam yang tinggi kerana kekurangan persaingan.

Comments