Salam semua,
Saya dengan rendah hatinya ingin menjemput semua pihak untuk hadir ke majlis perbincangan PESAMP yang akan di adakan bersama dengan Roadshow PDAM yang akan di laksanakan pada hari Rabu ini.
Butiran adalah seperti berikut:
Di sini kami barisan AJK PESAMP ingin membuat perbincangan terbuka mengenai perkara-perkara yang banyak di sebut kebelakangan ini, iaitu isu EGM.
Adakah pihak AJK PESAMP menentang EGM/AGM untuk di adakan?
Kami barisan AJK PESAMP tiada halangan untuk sebarang EGM/AGM. Sebenarnya itulah yang telah kami sama-sama berbincang dan membuat keputusan bersama dengan rakan-rakan AJK lama PESAMP; setelah perbincangan mengenai kontrak itu selesai dan terma-terma yang di beri kepada kita, maka PESAMP akan membuat satu EGM/AGM untuk kita secara bersama membuat keputusan untuk menerima atau menolak kontrak tersebut, selain terus memperjuangkan untuk penambahbaikan REDA untuk rakan-rakan yang menandatangani REDA.
Sila rujuk ucapan tahun baru 2017 yang telah di email kepada semua atau seperti di website PESAMP (http://www.pesamp.org/pengumuman/ucapanselamattahunbarupresidenpesamp). Bahagian yang saya maksudkan dalam ucapan itu adalah berikut:
Jelas di atas telah di putuskan untuk satu keputusan di buat di dalam EGM/AGM (kerana AGM PESAMP akan di buat dalam bulan April atau Mei 2017) kerana kami merasakan perbincangan mengenai kontrak baru akan selesai sebelum 1hb April 2017, namun perbincangan ini telah di tangguhkan disebabkan:
Penangguhan ini telah sama-sama di buat antara pihak PDB dan EXCO PESAMP dalam mesyuarat kita bersama PDB baru-baru ini. Sila rujuk artikel ini http://www.pesamp.org/pengumuman/jalinankerjasamadenganpdb.
Oleh itu perbincangan ini tertangguh, dan EGM/AGM belum sampai masa untuk membuat keputusan untuk menerima atau menolak perjanjian baru ini. Tetapi sekiranya ingin di adakan juga, marilah bersama-sama berbincang secara terperinci dulu sebelum merangka usul untuk EGM/AGM ini. Sebagai contoh usul yang kita nak bawa dulu adalah penerimaan atau penolakan perjanjian baru dalam EGM/AGM. Sekarang apakah usul-usul selain ini yang akan dibawa?
Kempen memburukkan PESAMP selari dengan kempen mengadakan EGM? Kemusykilan timbul kerana desakan untuk mengadakan EGM ini datang daripada satu kumpulan AJK yang tidak diketahui siapa. Ada desas desus bayangan siapa dalam AJK tersebut, namun tiada di mana-mana tertulis siapakah AJK EGM ini. Dan apakah motifnya untuk bypass pihak AJK PESAMP dan memanggil EGM ini tanpa melalui PESAMP atau mengikut perlembagaan? Perlembagaan kita kan ada, prosedurnya perlu tulis ke SU PESAMP untuk di bincangkan di dalam mesyuarat AJK, dan mesti ada usul yang terang, bukan sekadar topik perbincangan semata-mata. Dan pihak AJK PESAMP akan membuat keputusan samada untuk memanggil EGM/AGM atau tidak, dan sekiranya di panggil EGM atau usul di bawa ke AGM, perlu menyertakan usul-usul yang jelas. Tiada di sebut dalam Perlembagaan kita ada AJK EGM selain AJK PESAMP.
Banyak persoalan lain timbul:
Keraguan kami makin memuncak apabila ada msg-msg sebegini yang telah di sebarkan secara senyap direct kepada rakan-rakan tertentu yang mana kami syaki di mulakan oleh individu-individu yang berkait dengan AJK EGM ini. Saya sudah mengenal pasti individu-individu yang menyebarkan msg whatsapp ini dan beberapa lagi msg fitnah lain seperti ini. Sebagai contoh, berikut adalah dua Whatsapp daripada individu-individu tersebut yang telah di forwardkan ke beberapa ahli. Ahli-ahli kita pula yang terbuka hati, memanjangkan msg ini kepada AJK PESAMP: Adakah ini secara berhemah? Memanggil Persatuan kita ASS? Di ikuti dengan fitnah semata-mata mengatakan PESAMP punca ceiling price? Kami ada bukti termasuk confirmation daripada Datuk Seri Johari sendiri bahawa isi kandungan message ini tidak betul. Rakan-rakan boleh membaca penerangan PESAMP dan PDAM mengenai isu ini di sini - http://www.pesamp.org/pengumuman/penjelasanmengenaipendirianpdampesampmengenaiisuhargasilingdanpenukaranhargamingguan. Kami daripada mula mempunyai pendirian perubahan perlu di hadkan kepada 5 sen untuk tidak membebankan dealers dan pengguna, tidak pernah kami mencadangkan harga mingguan.
Usul atau Topik Perbincangan? AGENDA EGM
Keraguan antara ahli menimbulkan banyak teori
Justeru
Wasalam Presiden PESAMP |
Pengumuman >