Pengumuman‎ > ‎

Projek Lampu LED untuk PSS (Pembelian Pukal)

posted May 8, 2016, 3:00 AM by Presiden PESAMP

Salam Semua RN yang Di Hormati,

 

Sebagai satu inisiatif pengurangan kos, PESAMP akan membuat pesanan secara pukal untuk pembelian lampu LED di bawah penyelenggaraan RN. Inisiatif ini juga menyokong inisiatif terbaru PDB iaitu CBSW (Clean, Bright, Safe and Works all the time).

 

PESAMP akan cuba mendapatkan lampu LED kualiti terbaik (gred industrial beserta warranty) bagi memastikan penjimatan bukan sekadar daripada bil elektrik tetapi juga daripada pengurangan kekerapan menukar lampu. Kami juga akan mendapatkan quotation untuk tiub lampu LED hijau (fascia) dan juga lampu tiub LED untuk MID dan ingress-egress) sekiranya ada yang berminat untuk menggantikan lampu2 ini juga.

 

Sila isi Excel yang di sediakan dengan jumlah lampu yang ada dalam stesen dan lihat pengiraan konservatif penjimatan yang boleh didapati dengan menggunakan lampu LED, dan sekiranya berminat boleh email kepada saya semula fail Excel yang telah di isi penuh. Sebagai contoh, penjimatan elektrik untuk stesen saya di anggarkan dalam lingkungan RM900 sebulan dengan pembelian lampu LED gred industry berharga dalam lingkungan RM10k.

 

Wasalam,

 

Khairul Annuar Abdul Aziz

 

Presiden

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia

Ĉ
Presiden PESAMP,
May 8, 2016, 3:00 AM
Comments