Pengumuman‎ > ‎

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak

posted Jun 5, 2016, 4:45 AM by Admin Pesamp

Salam Semua Rakan Niaga,

Saya mewakili AJK PESAMP ingin mengambil kesempataan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua Rakan Niaga yang beragama Islam.

Sempena bulan yang mulia ini, saya ingin mengajak Rakan-rakan Niaga untuk sama-sama menjayakan kempen “Ramadhan untuk Anak Syria” yang di kelolakan oleh sekumpulan Rakan Niaga kita (Kumpulan PS Malaya Dinamik yang diketuai oleh Saudara Zulkifli Mohd dari PS Taman Melati). Buat pengetahuan semua, setakat ini lebih 150 stesen Petronas seluruh Malaysia sedang mengambil bahagian dalam usaha murni ini. Semua sumbangan akan di salurkan ke SyriaCare Malaysia, iaitu Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria (http://www.syriacare.org.my). PESAMP menyokong sepenuhnya usaha ini, dan sesiapa yang ingin mengambil bahagian sila hubungi saudara Zul sendiri (019-2352323) atau bendahari iaitu Puan Fazmi Amyza Sani (012-2237420) dan Puan Azarina Abu Kassim (019-2229907).

Bagi sesiapa yang masih ingin memberi sumbangan kepada 2 KP rakan niaga kita, yang terlibat dengan kemalangan dan masih di rawat di Hospital Besar Kuantan, bolehlah menghulurkan sumbangan kepada mereka melalui akaun Maybank PESAMP (Maybank 5623-0200-7536) dan sila letak rujukan “rawatan KP”. Bagi mereka yang tidak mengetahui, kedua-dua KP Bangladesh di bawah PESAMP ini terlibat dengan kemalangan menyebabkan mereka terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan. Kos rawatan telah melebihi RM10k iaitu had insuran. Marilah kita sama-sama meringankan beban mereka bersempena bulan yang mulia ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan niaga yang telah sama-sama mengambil bahagian, terutamanya yang telah menyumbang masa dan tenaga untuk menjayakan Karnival Sukan PESAMP tempoh hari. Ini adalah merupakan satu kejayaan yang luar biasa dan menyatukan kita semua selaku rakan niaga Petronas. Insya Allah jika di beri kesempatan PESAMP akan mengadakan upacara ini lagi.

Wasalam,

Khairul Annuar bin Abdul Aziz

Comments