Pengumuman‎ > ‎

Sydney Study Trip (PDAM with ACAPMA)

posted May 8, 2016, 3:01 AM by Presiden PESAMP   [ updated Aug 31, 2016, 3:16 AM by Admin Pesamp ]

Update 31 Ogos 2016


Di sertakan presentation slide rumusan "Lesson Learnt" daripada lawatan Sambil Belajar ke Sydney, aat bernilai terutama bagi kita menghadapi cabaran pertukaran lanskap perniagaan peruncitan petroleum di seluruh dunia dan juga di Malaysia.


Wasalam,


Khairul Annuar Abdul Aziz

 

Presiden

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia


_________________________________________________________________


Salam Semua RN,

 

Pihak PESAMP akan ke Sydney bersama rakan-rakan lain daripada PDAM dari 9 ke 13 Mei untuk lawatan kerja di anjurkan bersama ACAPMA (http://acapmag.com.au/2016/04/acapma-partners-with-malaysian-dealer-association/).

 

Antara lain, perkara yang akan di bincang adalah:

 

1.      Kesan Negatif Deregulasi dan langkah-langkah yang perlu di ambil untuk menjamin masa depan perniagaan pengusaha-pengusaha SME sekiranya kerajaan ingin melaksanakan deregulasi.

2.      Mekanisma penetapan harga minyak yang dapat memastikan keuntungan kepada semua pihak (kerajaan, pengusaha, syarikat minyak dan pengguna)

3.      Pengalaman dan langkah-langkah implimentasi Sistem Khidmat Layan Diri Sepenuhnya

4.      Persediaan menghadapi fenomena kereta hybrid/elektrik dan sumber bahan api alternatif

 

Sekiranya Rakan-rakan ingin mengutarakan soalan-soalan spesifik, sila email kepada saya supaya kami dapat berbincang bersama pihak ACAPMA.

 

Sementara itu, untuk apa-apa urusan sila hubungi Naib Presiden PESAMP, Encik Rofaie Hamdan di emailnya rofaie@pesamp.org atau hp 013-3389503.

 

Wasalam.

 

 

Khairul Annuar Abdul Aziz

 

Presiden

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia


Ċ
Admin Pesamp,
Aug 31, 2016, 3:14 AM
Comments