Laman Utama

Selamat datang ke laman web PERSATUAN PENGUSAHA STESEN MINYAK PETRONAS MALAYSIA (PESAMP).


PERSATUAN STESEN MINYAK PETRONAS MALAYSIA (PESAMP) telah ditubuhkan pada 18 Julai 1985. Ia ditubuhkan oleh sekumpulan awal Wakil Penjual Petronas atas kesedaran bahawa satu badan diperlukan bagi memperjuangkan hak-hak serta kebajikan mereka. Setiap tahun bilangan Wakil Penjual bertambah dan sehingga kini, lebih 1,100 telah mendaftarkan diri menjadi ahli seumur hidup PESAMP, dimana hampir 90% adalah pengusaha stesen minyak Petronas sedia ada.


TUJUAN PENUBUHAN

Tujuan PESAMP ialah:

a) Mewujudkan perhubungan baik dan menyelesaikan permasalahan, perselisihan, pertikaian antara ahli-ahli persatuan secara adil dan munansabah dengan terlebih dahulu diminta berbuat demikian oleh ahli-ahli yang berkenaan

b) Menggalakkan minat dalam perniagaan di kalangan ahli-ahli

c) Melaksanakan atau menggalakkan kerja-kerja amal dan kebajikan, pelajaran dan kebudayaan

d) Menjalankan sesuatu pengurusan harta yang mana pada pandangan persatuan berfaedah terhadap mana-mana tujuan dan untuk mengutip, menerima dan memegang tabungan dan lain-lain hartanah, sumbangan sukarela, yuran derma khas, pemberian dan warisan-warisan bagi mejalankan tujuan persatuan atau mana-mana tujuan sebagaimana dikehendaki oleh pemberi atau penderma

e) Mengutip dan menerima yuran kemasukan dan sumbangan dan meminjam atau mengumpul wang yang mungkin diperlukan bagi tujuan persatuan dan menjamin pembayaran wang pinjaman di atas sekian banyak jaminan yang mungkin boleh dipertimbangkan

f) Menjual, mengguna sebaik mungkin, mengurus, menambah, menyewa, mencagar, mengatur, di jadikan akaun atau urusan lain melibatkan semua atau mana-mana bahagian dari hartanah persatuan

g) Melabur wang persatuan yang tidak akan segera diperlukan bagi maksud jaminan dan hartanah persatuan yang difikirkan sesuai.



NOTA: Bagi sesiapa yang ingin menyumbang artikel untuk dipaparkan ke website ini, sila email artikel tersebut ke setiausaha@pesamp.org