Objektif PESAMP

Persatuan Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP) telah ditubuhkan dengan objektif-objektif berikut:

  1. Memperjuangkan hak-hak Wakil Penjual yangberkaitan dengan perniagaan stesen minyak Petronas.

  2. Menjadi penghubung antara ahli-ahli dan Petronas Dagangan Berhad (PDB) dalam membincangkan isu-isu berbangkit.

  3. Menjaga kebajikan Wakil Penjual dan keluarga.

  4. Bekerjasama dengan PDB dalam mempertingkatkan jualan serta membantu dalam menjadikan Petronas Jenama Nombor Satu di Malaysia.

  5. Menyatupadukan pengusaha-pengusaha stesen servis Petronas seluruh negara untuk kepentingan dan faedah bersama

  6. Memperjuang kepentingan Ahli-ahli dari segi undang-undang atau langkah-langkah yang berkaitan dengan perusahaan atau perniagaan

  7. Memberi pandangan dan gambaran serta cadangan kepada PDB dan kerajaan dalam mencipta atau merangka rancangan-rancangan serta menyokong undang-undang dan peraturan-peraturan yang memberi kepentingan kepada pengusaha-pengusaha stesen servis Petronas di dalam apa sahaja undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan stesen minyak

  8. Mengadakan hubungan rapat dengan pegawai-pegawai Kerajaan, Jabatan-jabatan Kerajaan serta Pertubuhan yang lain yang sah di segi undang-undang Malaysia yang memberi manfaat kepada Persatuan dan ahli-ahlinya

  9. Menyelesaikan selisih faham yang timbul di antara Ahli-ahli jika diminta

  10. Mengambil tindakan yang difikirkan sesuai oleh Persatuan untuk menyatu, menyusun dan memperbaiki kemudahan-kemudahan untuk Ahli-ahli di dalam perusahaan perniagaan stesen minyak

  11. Mengumpul, mendapat dan menyebarkan perangkaan dan lain-lain maklumat yang difikirkan sesuai yang bersangkutan dengan perniagaan dan lain-lain perusahaan kepada Ahli-ahlinya

  12. Mengadakan perhubungan dengan Persatuan-persatuan yang lain yang mempunyai tujuan yang sama atau hampir-hampir saman dengan Persatuan yang berasaskan perniagaan stesen minyak di Malaysia

  13. Membantu dan mewakili Ahli-ahli dalam perjuangan mengenai Perusahaan stesen minyak di Malaysia

  14. Menyediakan dan mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak bantuan kepakaran dan bidang pengurusan perusahaan dan perniagaan stesen minyak bagi faedah Ahli-ahli