Bersama Mencipta Juara - #CreatingChampions

Post date: Jan 29, 2018 6:24:40 AM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Rakan Niaga yang dihormati.

Semoga tuan-tuan dan puan-puan telah selamat kembali ke kawasan masing-masing dengan selamat selepas pertemuan di persidangan Rakan Niaga 2018 yang lalu.

Saya bersama rakan Ahli Jawatankuasa PESAMP ingin mengucapkan jutaan terima kasih dengan penghargaan yang tidak dapat diungkapkan satu persatu kepada semua RN yang telah sama-sama memberi idea, maklumbalas, cadangan dan saranan yang kami kumpul dan serahkan kepada pihak pengurusan Petronas Dagangan Berhad.

Hasil daripada usaha bersama ini, pihak PDB, PESAMP dan RN telah berbincang bersama dan terima kasih kepada PDB yang telahpun mengumumkan berikut:-

  • Kebenaran penukaran perniagaan dari Pemilikan Tunggal kepada Sendirian Berhad.

  • Pembaikian mekanisma pemesanan dan penghantaran minyak (SMP).

  • Bantuan Kredit penghantaran minyak.

  • Meluaskan pakej bantuan kepada stesen Jualan Rendah (Low Volume).

  • Menghentikan amalan kerap menukar planogram

  • Membenarkan kreativiti RN dalam pengurusan Kedai Mesra dengan penjualan produk tempatan dan makana

  • Pengenalan insentif berdasarkan jualan yang lebih menarik

  • Pengenalan insentif jualan Smartpay yang lebih menguntungkan penjual.

  • Penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh pihak pengurusan PDB berserta Rakan Niaga dalam pelbagai aspek perniagaan kita.

  • Memandang serius dan proaktif terhadap isu kecurian minyak yang berlaku.

  • Tempoh REDA dilanjutkan kepada 10 tahun

Walaubagaimanapun, ini adalah sebahagian sahaja daripada perjuangan kita. Kita masih mempunyai banyak perkara yang perlu diambil kira dan penambahbaikan oleh semua pihak untuk memastikan masa depan perniagaan kita terus terjamin dan berkembang maju.

Sepanjang perjalanan kita melalui pucuk pimpinan sedia ada kini, pelbagai usaha lain juga berjaya kami usahakan bersama PDB seperti berikut:-

  • Pengecualian Input GST untuk Ron95 dan Diesel

  • Pengenalan program Dealer’s Guaranteed Margin untuk membantu RN yang manghadapi masalah ketidakstabilan harga minyak; dan juga pendekatan kegunaannya sekiranya kita terpaksa menghadapi Deregulation secara mengejut.

  • Usaha membasmi permasalahan kecurian minyak. Usaha ini memerlukan inisiatif khas yang masih dijalankan.

  • Penyelesaian isu kelewatan pembayaran balik Kad Kredit bagi transaksi hujung minggu dan cuti umum bagi RN di negeri Sarawak.

  • Pembekalan Uniform RN dan KP ke stesen seluruh negara dengan citarasa baru dan terkini. Rekabentuk uniform RN ini juga akan digunakan oleh kakitangan PDB untuk pertama kali dalam sejarah.

  • Pemberian pilihan bagi penggantian program KP Nights

  • Membantu memberi pemudah cara dalam perlaksanaan GST

  • Bekerjasama bersama PDB untuk memberi maklumbalas berkenaan sistem ERP/POS baru yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

  • Pemantauan kelulusan dan perlaksanaan SKLD

  • Memberi maklumbalas dan pendapat tentang promosi dan kaedah pemasaran produk

  • Pemantauan pembayaran balik bayaran Kad Kredit dan Promo daripada PDB.

  • Pembentukan kumpulan Taskforce antara PDB dan RN untuk mengkaji dan menyelesaikan isu dengan lebih spesifik.

Selain daripada perkara yang tersenarai di atas, PESAMP juga giat berusaha dalam pelbagai isu-isu penting lain demi kepentingan Rakan Niaga semua. Walaupun kami mendapat pelbagai halangan dari sudut logik, birokrasi, tentangan atau perselisihan pendapat; kami sentiasa akan memilih cara yang paling telus dan mementingkan semua sebagai titiktemuan usaha kami.

Kami sentiasa mendengar keluhan dan rintihan semua RN. Walau bagaimanapun, kami juga perlu mengimbang kelemahan semua pihak yang lain seperti keadaan perniagaan kita, PDB, penguatkuasa, kerajaan dan ahli sosial lain, bagi mencapai jalan penyelesaian masalah yang betul. Kami memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan, kekhilafan dan salah faham diantara kita sesama ahli pesamp.

Kami di PESAMP ingin sekali lagi memberikan penghargaan khas kepada penyumbang idea, ahli jemputan RETREAT 2018 dan Exco Pesamp kerana bertungkus-lumus menjayakan pelbagai usaha kami. Terima Kasih kepada Rakan Niaga kerana masih bersama kami di PESAMP. Terima Kasih juga kepada pihak PDB yang prihatin terhadap permasalahan yang di hadapi oleh industri perniagaan kita, dan bersedia berbincang untuk menghasilkan penyelesaian terbaik buat masa ini.

PESAMP akan terus bersuara dan berusaha untuk membela RN dan perniagaan kita semua.

Bersama Mencipta Juara; #CreatingChampions

Yang benar,

PERSATUAN PENGUSAHA STESEN MINYAK PETRONAS MALAYSIA

DATO’ KHAIRUL ANNUAR BIN ABDUL AZIZ

Presiden