Boboiboy - Purchase with Purchase / Outright Purchase Mesra Promo (Update - 2 Oktober 2012)

Post date: Sep 26, 2012 10:57:19 AM

Salam Semua,

Harap maklum bahawa setelah 2 kali perbincangan terbuka dengan AJK PESAMP dan beberapa kali berbincang dengan supplier, berikut adalah keputusan muktamat PDB mengenai promosi Boboiboy berdasarkan dasar kompromi:

Selain itu, PDB memberi jaminan(guarantee) supplier perlu memenuhi syarat pembayaran balik setiap barangan yang dipulangkan.

Harap Maklum,

Wasalam

Setiausaha Kehormat PESAMP

________________________________________________

2 Oktober 2012

Salam Semua,

Berikut adalah nota perbincangan PESAMP bersama SGM dan GM PDB semasa mesyuarat tergempar petang semalam:

Senarai Perkara-perkara yang telah dibincangkan

1) Penjelasan PDB mengenai Promosi Boboiboy (Puan Ismie)

a. Sebab2 promosi ini telah di pilih

i. Boboiboy adalah kartun animasi di mana jumlah penonton tertinggi di Malaysia (Sekitar 6 juta penonton di Astro dan TV3)

ii. Ini akan dapat meningkatkan penjualan kedai Mesra dan secara tidak langsung , meningkatkan jualan minyak

iii. Ini juga strategi unik dalam usaha PDB memakan pasaran Shell

b. Sebab2 mengapa COD dan Jumlah Pesanan yang tinggi

i. Meminta komitmen lebih tinggi daripada RN supaya menjual bersungguh-sungguh

ii. Polisi returning ada didalam kontrak (lesson learnt daripada kegagalan promosi Transformer yang tiada returning), RN tidak perlu risau duit akan dipulangkan

iii. Sebagai RN iaitu peniaga, perlu mengambil risiko yang sama rata dengan supplier memandangkan supplier perlu membuat pembayaran COD dan jumlah pesanan permulaan amat besar.

iv. Memandangkan PDB mendapat exclusitivity untuk penjualan barangan Boboiboy PDB yakin semua pesanan akan habis dijual memandangkan jumlah penonton adalah sekitar 6 juta sedangkan stok yang dipesan hanya cukup untuk dijual kepada 300k pelanggan, jadi pada pendapat PDB jumlah pesanan itu tidaklah terlalu tinggi berbanding potensi untuk menjual besar

v. Pembahagian pesanan adalah berdasarkan chargeable sale

2) Maklumbalas PESAMP

a. Permintaan PESAMP:

i. Kaedah pembayaran ditukar kepada Consignment

ii. Pemulangan barangan di buat semasa penerimaan bahan promosi baru dan bukan selepas bulan Mac

iii. Di kurangkan jumlah setiap penghantaran kerana jumlah yang telah disenaraikan adalah melampau

b. Sebab-sebab yang telah diberi oleh PESAMP

i. Sejarah silam di mana sesetengah RN masih mempunyai stok barangan promosi Transformer dan FIFA sehingga kini.

ii. Pembayaran COD hanya memihak kepada supplier di mana supplier tidak perlu mengeluarkan banyak modal dan sekadar menggunakan modal daripada pembayaran COD oleh RN, sedangkan supplier telah menerima kontrak daripada PDB dan sudah tentu supplier boleh mendapatkan pinjaman bank bagi menguruskan putaran modalnya.

iii. Isu simpanan stok. Memandangkan stok patung Boboiboy besar, dan penghantaran pertama amat tinggi, isu simpanan stok mendatangkan masalah kepada RN. Contoh untuk penghataran RM13k bermakna stesen perlu menyimpan stok untuk 1000 patung Boboiboy dan ini pasti akan memakan ruang stor. Ini akan menyukarkan operasi penjualan barangan kedai Mesra. Masalah akan menjadi lebih runcing apabila penghantaran kedua dibuat yang telah diperkatakan PDB akan melebihi perhantaran sebelumnya.

iv. Authorised capital supplier hanya RM1 juta dan hutang supplier kepada bank melebihi RM1 juta. PESAMP bimbang scenario-senario berikut:

· Sekiranya ada masalah di mana banyak mainan Boboiboy tidak terjual, supplier tidak dapat membayar balik kepada RN kerana supplier telah membeli terlalu banyak stok secara COD daripada kilang China berdasarkan pesanan oleh PDB.

· Kejadian ini juga boleh terjadi sekiranya penjualan terlalu laris, di mana supplier terpaksa order lebih banyak stok bagi memenuhi permintaan RN, namun stok tiruan yang biasanya dapat di tiru dan dijual secara meluas oleh kilang-kilang China mungkin akan membanjiri pasaran Malaysia dalam masa 2 ke 3 bulan selepas pelancaran promosi. RN telah membayar COD dan supplier juga telah membayar kilang di China secara COD. Supplier mungkin tidak dapat lagi membayar duit pulangan untuk penghantaran terakhir kerana jumlah returning tinggi disebabkan penjualan mainan tiruan di pasaran dan supplier sendiri tidak dapat membuat returning kepada kilang China sebaliknya perlu menghantar stok tersebut kepada stor-stor lain dan menunggu pembayaran mereka daripada stor-stor tersebut. Pemulangan pembayaran kepada RN mungkin akan tertangguh ataupun supplier tidak lagi dapat membayar kepada RN

· Supplier melarikan diri memandangkan telah menerima RM22.5 juta (anggaran kutipan wang sebanyak RM30k untuk 3 bulan daripada 750 stesen) dan hanya perlu membuat pembayaran pulangan selepas 6 bulan promosi berjalan

· Sekiranya scenario ini berlaku dan RN perlu mengambil tindakan mahkamah terhadap supplier, maksima pulangan yang boleh semua RN dapat secara keseluruhan adalah RM1 juta sahaja, iaitu terhad kepada Authorised Capital syarikat tersebut. Ini akan menjadi satu masalah besar kerana kontrak PDB bersama supplier tidak memberi jaminan pembayaran balik oleh PDB, sedangkan liabiliti kewangan supplier pula terhad kepada hanya RM1 juta sahaja.

v. Kontrak telah ditandatangani oleh PDB dan Supplier, sedangkan pihak yang membayar adalah RN. Adakah PDB berhak membuat keputusan dari segi jumlah pesanan dan juga cara pembayaran bagi pihak RN memandangkan PDB adalah pihak ketiga dan pihak membeli dan membayar adalah RN sendiri. PESAMP juga menyoal mengapa RN tidak di runding terlebih dahulu mengenai isu ini sedangkan RN adalah pihak pembeli dan pembayar dan bukannya PDB. Sekiranya ada pelanggaran kontrak dimana supplier tidak membayar balik kepada RN, adakah RN berhak mengambil tindakan terhadap supplier memandangkan RN tidak menandatangani kontrak tersebut? Adakah PDB akan mengambil tindakan bagi pihak RN? Adakah PDB akan membayar balik baki product returning sekiranya syarikat itu kalah dan diarahkan bayar mahkamah RM1 juta sahaja dan jumlah returning jauh lebih banyak?

vi. Mengapa PDB tidak mengambil kira faktor-faktor berikut sebelum membuat pesanan:

1. Perbezaan pendapatan penduduk luar Bandar dan di pusat Bandar, memandangkan harga barangan semuanya mahal, mengapa tidak membuat pesanan kurang untuk stesen di luar Bandar?

2. Memandangkan 70% penonton adalah berbangsa melayu, mengapa tidak dikurangkan pesanan untuk stesen-stesen di kawasan bukan Melayu?

3. Rekod penjualan tidak pernah menunjukkan mana-mana stesen boleh menjual sebanyak 33 permainan berharga RM16 ke atas, mengapa PDB terlalu confident bahawa untuk Promosi ini semestinya boleh?

4. Mengapa PDB terlalu confident bahawa tiada barangan Boboiboy rasmi mahupun cetak rompak di pasaran sedangkan PESAMP telah menemui barangan cetak rompak Boboiboy di Petaling Street. Adakan ini tidak akan menjejas jualan promosi?

3) Langkah Seterusnya oleh PDB (En Akhbar)

a. En Akhbar menyatakan beliau tidak mengetahui fakta-fakta berikut:

i. Mengapa kaedah pembayaran tidak di bincang dahulu sedangkan pihak membeli dan membayar adalah RN

ii. Mengapa RN tidak menandatangani kontrak ini sedangkan RN adalah pihak pembeli dan pembayar

iii. Mengapa PDB tidak mengambil kira masalah simpanan barangan dalam stor memandangkan jumlah pesanan ditentukan oleh PDB sendiri

iv. Mengapa pembahagian pesanan tidak mengambil kira faktor2 yang telah dibangkitkan oleh PESAMP dan lain-lain faktor dan bukan sekadar pembahagian mengikut chargeable sales

v. Adanya barangan cetak rompak Boboiboy dan meminta PESAMP membeli dan menyerahkan barangan tersebut kepada PDB supaya PDB boleh mengatur strategi untuk menangani masalah ini yang di anggap sebagai satu ancaman besar kepada promosi PDB ini

b. PDB akan membincangkan sekiranya cara pembayaran boleh ditukar kepada consignment, memandangkan pembelian telahpun dibuat oleh supplier dan pembayaran kepada kilang China perlu atau telah dibuat.

c. Perkara-perkara lain di atas juga akan dibincangkan bagi mengelak daripada masalah ini berulang.

d. PDB juga akan mendalami kontrak antara PDB dan supplier dan sekiranya tiada jaminan pembayaran balik, mungkin PDB perlu mengambil tanggungjawab untuk memberikan jaminan pembayaran balik kepada RN.

e. Namun, memandangkan promosi telah dilancarkan dan stok telahpun diterima supplier, sekiranya tidak dapat memenuhi semua permintaan PESAMP, PDB akan cuba untuk:

i. Mendapatkan pulangan barangan dan pembayaran balik dilakukan seawal bulan Januari dan bukannya April

ii. Mencari jalan penyelesaian kompromi di mana sebahagian risiko perlu di ambil oleh RN, walaupun sedikit.

iii. Mencari jalan untuk mengambil stok daripada kawasan yang laris untuk dihantar ke kawasan yang kurang laris bagi memastikan promosi berjaya, dan mungkin pembayaran mingguan dapat dibuat oleh RN berdasarkan penjualan, dan sekiranya penjualan rendah, PDB dapat mendapatkan data jualan mingguan dan merancang untuk menghantar barangan kepada stesen-stesen dimana jualan lebih laris.

iv. PDB cuba untuk menukar kuantiti pesanan pertama dan mengambil kira factor-faktor selain chargeable sale

f. PDB akan berbincang sesama sendiri dan akan memaklumkan kepada PESAMP secepat mungkin keputusannya

Hari ini (3 Oktober 2012) insya-Allah kita akan dapat feedback daripada PDB mengenai isu ini, dan sementara menanti keputusan PDB, PESAMP berpendirian supaya semua RN tidak membuat bayaran kepada supplier sewaktu penghantaran.

Wasalam

Yang Berusaha

Setiausaha Kehormat PESAMP

----------------------------------------------------------------------------------

27 Sept 2012

Salam Dealers,

Selepas berbincang dengan pihak pengurusan PDB, PESAMP masih lagi berpendirian bahawa pembelian merchandise Boboiboy hanya boleh dibuat melalui kaedah pembayaran consignment. Pengurusan PDB juga sedang mempertimbangkan permintaan menukar kaedah pembayaran daripada COD ke consignment. Pendirian ini seeloknya dipersetujui oleh semua dealers supaya pembayaran promosi melalui kaedah COD tidak lagi diharuskan ke atas dealers.

Banyak rungutan kami terima bukan sahaja dari segi pembayaran COD, ada stesen yang dipaksa bayar RM20k++ untuk hantaran pertama, dan begitu juga dua bulan berikutnya. Dealers merungut seumpama stesen kita menjadi dumping ground.

PESAMP berpendapat bahawa asalkan kaedah pembayaran ditukar kepada consignment, kita boleh terima semua barangan yang dihantar memandangkan PDB telah pun memastikan kontrak supplier tersebut wajib menerima returning. Lagipun, Boboiboy adalah kartun animasi Malaysia yang terhangat di pasaran yang dihasilkan oleh animators asal Upin & Ipin, kemungkinan besar penjualannya laris, cuma tak semestinya is akan laris di semua stesen.

Itu sahaja update setakat ini.

Wasalam

Setiausaha Kehormat PESAMP

___________________________________________________________________________

26 Sept 2012

Dear Fellow Dealers,

After much deliberation, PESAMP has decided not to accept the COD payment method for delivery of Boboiboy merchandise.

We are of the stand that we should not pay for the merchandise during delivery (COD), instead to hold on until PESAMP discuss with PDB to change the payment method to Consignment basis instead.

However, we want to reiterate that PESAMP is not against the nationwide promotion as a whole, rather to request change of payment method from COD to Consignment (with guaranteed allowable returning), given the bitter past experiences with regards to COD promotion, namely the FIFA and Transformer merchandise promotion.

Best Regards,

On behalf of PESAMP

Secretary