Dealer PSS Kota Damansara 2 - Encik Mohd Hairey Hanafiah Telah kembali ke Rahmatullah

Post date: Mar 26, 2012 4:27:03 PM

TERKINI: (9 Mac 2012): Wasalam, PESAMP baru menerima berita bahawa en hairey (PSS Kota Damansara 2) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.05 ptg ini. Marilah kita sama-sama sedekah al-fatihah kpd arwah semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org yg beriman. Al-Fatihah.

----------------------------------------------

(4 Mac 2012): Keadaan En Hairey bertukar ke amat kritikal. En Hairey telah dipindahkan ke IJN kerana kena buat pembedahan pada bahagian perut bagi proses oksigen, kerana saja cara untuk menyelamatkan nyawa beliau. Pagi ini dia mengalami tekanan darah rendah dan paru-parunya masih tidak stabil walaupun telah dilakukan pembedahan. Beliau sekarang ada di wad IJN iaitu wad ICU 1A. Waktu melawat daripada pukul 12.30 ke 1 tengahari dan 6 petang ke 8 malam.

----------------------------------------------

(28 Mac 2012): Keadaan En Hairey, walaupun masih kritikal dan dalam keadaan koma, tetapi dilaporkan semakin pulih. Jangkitan di buah pinggang beliau telah pulih sepenuhnya, namun jangkitan di paru-paru masih di rawat. Sekiranya ingin melawat beliau, sila ke tingkat 3 iaitu unit ICU di hospital Sungai Buluh.

Isteri beliau, Che Sabariah bt Ahmad juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir untuk melawat beliau dan juga semua yang telah menyumbang dalam bentuk wang mahupun doa.

------------------------------------------------

Salam. Dealer PSS Kota Damansara 2, Encik Mohd Hairey

bin Hanafiah, telah dimasukkan ke ICU hospital Sungai Buluh kerana disyaki terkena jangkitan penyakit kencing tikus.

Bagi meringankan beban keluarga, PESAMP mencadangkan sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah disumbangkan terus kepada isteri beliau, Che Sabariah bt Ahmad ke akaun Maybank no 162759 032894.

Keadaan beliau sangat kritikal dan hanya doa serta sumbangan tuan puan dapat meringankan keadaan. Inilah masanya kita sama-sama bersatu dan memperkuatkan hubungan siratulrahim antara sesama dealer.

Sama-samalah kita berdoa dan menghulurkan bantuan, insya-Allah diberkati Allah S.A.W