Dilema Pekerja Asing - Presiden PESAMP bersuara melalui Media(Terbaru - Kementerian Memberi Jawapan)

Post date: Dec 20, 2011 10:39:14 AM

Berita Harian, 21 Disember 2011. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata Kementerian dalam mesyuarat bersama pihak berkaitan, telah bersetuju untuk membenarkan stesen minyak termasuk dalam sektor yang dibenarkan untuk menggunakan khidmat pekerja asing selepas tempoh Program 6P. Kenyataan ini adalah susulan kenyataan presiden PESAMP dalam akhbar yang sama pada 20 Disember.

Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada presiden PESAMP yang telah berjaya memperjuangkan hak semua pengusaha-pengusaha stesen minyak di Malaysia.

Berita Harian, 20 Disember 2011. Presiden PESAMP selaku Naib Presiden PDAM telah membuat kenyataan akhbar berhubung keputusan kerajaan menghentikan khidmat pekerja asing di stesen minyak selepas tamat tempoh Program 6P. Beliau telah mengutarakan rasa kecewa beliau berhubung kegagalan pihak berkuasa memberi jawapan walaupun rayuan mengenai perkara itu telah dibuat oleh PDAM pada 1 Disember 2011. (Sila lihat salinan surat di penghujung artikel ini.

Surat ke KDN ada di lsertakan bersama artikel ini di bawah.

Nantikan perkembangan terkini.....