EMAIL PENTING : Borang Permohonan Penundaan Perintah Gaji Minimum

Post date: Nov 10, 2012 1:47:25 PM

Salam semua RN,

Di sertakan adalah borang yang perlu di isi oleh semua stesen minyak semua brand bertujuan untuk meminta penundaan perlaksanaan gaji minima untuk sektor perniagaan stesen minyak.

Berikuat adalah langkah2 yang perlu diambil:

1. Sila isi borang ini dengan lengkap (Sheet 2, Sheet 3 dan Sheet 4)

2. Kemudian print, tandatangan dan cop.

3. Selepas itu scan borang beserta laporan kewangan 3 tahun terakhir.

4. Email borang dan penyata kewangan 3 tahun terakhir kepada Majlis Perundangan Gaji Negara:

a. Email kepada: Ms Amy amyphang@mohr.gov.my

b. CC kepada: Saya setiausaha@pesamp.org dan En Shanugam shan@mohr.gov.my)

5. Email perlu dihantar selewat-lewatnya pada hari Selasa 13 Nov 2012 sebelum 12 tengahari.

Minta kerjasama semua RN untuk bersama-sama mengisi borang ini dan menghantarkan bagi kepentingan semua. Juga sebarkan kepada semua RN dalam trading area masing-masing supaya tiada yang tertinggal.

Wasalam,

Setiausaha Kehormat PESAMP

----- Forwarded Message -----

From: Amy <amyphang@mohr.gov.my>

To: spdam shell <spdam@yahoo.com>

Cc: Shamnugam <shan@mohr.gov.my>

Sent: Saturday, November 10, 2012 10:39 AM

Subject: Borang Permohonan Penundaan Perintah Gaji Minimum

Tuan/ Puan

Perbincangan pada hari ini (10 November 2012) dengan Jawatankuasa Perintah Gaji Minimum dirujuk. Dikepilkan di sini sesalinan borang permohonan penundaan Perintah Gaji Minimum (satu untuk ahli-ahli di Semenanjung Malaysia dan satu lagi untuk ahli-ahli di Sabah, Sarawak dan Labuan) untuk ahli-ahli persatuan tuan/puan yang berhasrat untuk menunda dan belum memberi sebarang permohonan penundaan kepada pihak Urus setia Majlis Perundingan Gaji Negara. Permohonan penundaan ini mestilah dibuat melalui persatuan dan mesti diterima oleh pihak Urus Setia pada hari Selasa (13 November 2012) 5.00 petang.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Amy Phang

bp Setiausaha

Majlis Perundingan Gaji Negara