Isu penghantaran Sticker Permit & Pemulangan Passport Pekerja PESAMP

Post date: Jul 27, 2015 1:55:40 AM

Salam Semua RN,

Pihak MyEG telah berhubung dengan PESAMP menyatakan bahawa terlalu banyak kes di mana pihak MyEG gagal menghantar sticker permit ke pekerja Asing PESAMP kerana:

1. Nombor telefon yang diberi tidak dapat di hubungi

2. Passport pekerja tiada di stesen semasa penghantaran dibuat

Memandangkan kad ID Pekerja Asing tidak lagi di keluarkan, pihak imigresen telah menasihatkan PESAMP selaku majikan memegang passport semua pekerja Asing PESAMP.

Oleh kerana sebab-sebab di atas, maka PESAMP meminta semua RN tolong memberikan semua passport Pekerja Asing PESAMP kepada wakil AJK negeri masing-masing, supaya kami dapat menyimpan di pejabat PESAMP. Juga di minta RN membuat Salinan passport bewarna yang di laminate untuk simpanan sendiri dan juga simpanan setiap pekerja. (SIla buat Salinan muka surat hadapan beserta permit yang masih sah). Bagi Salinan passport pekerja, di minta meletakkan no telefon RN dan juga PESAMP supaya apabila disoal oleh pihak berkuasa, ada tertera nombor untuk di hubungi.

PESAMP juga mendapati ramai pekerja Asing PESAMP yang sedang bekerja selain stesen Petronas, dan perkara ini telah di biarkan berlanjutan oleh ejen lama. Mereka telah meminta untuk memperbaharui permit melalui PESAMP, dan sanggup membayar melebihi RM3k, namun PESAMP menolak pembaharuan melainkan mereka kembali bekerja di stesen Petronas. Ramai pekerja yang telah mula di tempatkan semula ke stesen-stesen Petronas, namun ada yang pergi mendapatkan bantuan ejen-ejen luar untuk memperbaharui permit masing-masing.

Oleh itu, PESAMP telah membuat keputusan mana-mana pekerja asing PESAMP yang tidak memperbaharui permit melalui PESAMP, maka mereka di anggap tidak bekerja di stesen-stesen Petronas dan permit mereka akan di batalkan serta merta. Sekiranya ada di antara pekerja-pekerja asing PESAMP yang bekerja di stesen tuan tidak mempunyai passport kerana masih dipegang oleh pihak lain, maka kami sarankan untuk membuat laporan polis dan menulis surat kepada PESAMP beserta Salinan report polis tersebut supaya PESAMP boleh mengambil tindakan selanjutnya.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua RN yang telah memperbaharui permit pekerja asing melalui PESAMP semenjak bulan Mac 2015. Saya dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa PESAMP telah menjana pendapatan lebih RM30k dan hasil pendapatan ini telah digunakan untuk menggajikan seorang setiausaha kerja dan baki melebihi RM20k setakat ini akan digunakan untuk membiayai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PESAMP yang akan di adakan di Putrajaya dalam masa terdekat. Insya Allah kami akan menghantar jemputan kepada RN sekelian.

Itu sahaja, sekian terima kasih

Wasalam

Khairul Annuar bin Abdul Aziz

Presiden, PESAMP 2014-2016