Kebenaran Memperbaharui Permit Pekerja 6P di Stesen Minyak Dilanjutkan

Post date: Jan 16, 2014 7:15:18 AM

Salam Dealers,

Sukacita dimaklumkan bahawa PDAM telah menerima surat daripada pejabat TPM seperti yang di lampirkan. Ini adalah susulan surat yang telah dikirim oleh PDAM pada 9hb Disember 2013.

Ini bermakna semua dealer yang mempunyai pekerja 6P boleh memperbaharui permit. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperbaharui permit pekerja 6P stesen:

  1. Dapatkan special pas daripada pejabat imigresen yang telah meluluskan permohonan asal pekerja 6P (Bagi yang dah expired atau yang akan expired dalam masa terdekat)

  2. Bawa Special PAS berikut bersama dokumen-dokumen dibawah dan serahkan kepada wakil KDN Putrajaya di tingkat 5

    • Surat Rayuan untuk memperbaharui Permit Pekerja 6P

    • Salinan kad pengenalan RN

    • Scanned copy surat TPM (Saya akan email kepada semua awal minggu depan)

    • Dokumen-dokumen perniagaan yang senarainya sama dengan dokumen yang telah di serahkan semasa permohonan asal pekerja 6P (Contoh dokumen SSM, PDA etc…)

  3. Surat jawapan dan kebenaran daripada KDN akan mengambil masa sekitar 7 hari untuk di isukan.

  4. Gunakan surat kebenaran KDN untuk memperbaharui permit pekerja 6P samada secara sendiri atau melalui ejen

Semua pekerja 6P perlu mendapatkan surat kebenaran daripada KDN untuk memperbaharui permit, termasuk pekerja yang permit telah tamat ataupun permit asal yang diluluskan tempoh 3 tahun.

Sekiranya ada yang ingin mendapatkan bantuan ejen untuk pembaharuan permit, sila hubungi ejen-ejen yang berhampiran atau menelefon saya.

Wasalam,

Khairul Annuar Aziz

Setiausaha, PESAMP