Roadshow dan Lawatan Muhibah Exco PESAMP 2015-2016 ke Sarawak pada 20-21 Oktober 2015

Post date: Nov 10, 2015 4:18:26 PM

Beberapa ahli AJK PESAMP telah membuat lawatan ke Kuching pada 20 and 21 Oktober 2015.

Perjumpaan tersebut telah diadakan di Hotel Imperial Kuching dan dihadiri oleh beberapa pengusaha dari Kuching dan Sibu. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mengemaskini keahlian PESAMP serta berdialog dengan pengusaha-pengusaha stesen minyak Petronas di Kuching untuk bertukar maklumat dan informasi terkini dengan perkembangan dan arah tuju industry stesen minyak.

Selepas sesi dialog, ahli exco sempat juga di bawa membeli ikan terubok masin dan kek lapis, dua produk keluaran tempatan yang terkenal. Pada waktu malam ahli exco PESAMP dan beberapa ahli dari Kuching bersama-sama menjamu selera dengan makanan laut di Top Spot.

Pada keesokkan pagi ahli exco PESAMP meneruskan lawatan ke bahagian MIri. Ini adalah lawatan pertama AJK PESAMP ke Miri, dan kami di Miri amat berbesar hati dengan lawatan ini.

Kami telah mengadakan perbincangan yang produktif mengenai isu-isu yang di hadapi oleh pengusaha di Sarawak, khususnya isu kehilangan produk semasa penghantaran ke stesen. Isu ini adalah isu yang terus berlaku bertahun-tahun di Sarawak menyebabkan dealer menanggung kerugian berpanjangan. Almamdullilah hasil perbincangan intu kami telah dapat membuat satu petisyen yang telah ditandatangani oleh semua dealer di Sarawak, beserta cadangan untuk mengatasi isu kehilangan produk ini. Petisyen ini ditujukan untuk perhatian Pihak Pengurusan Atasan PDB.

Link kepada result petisyen tersebut adalah:

http://www.pesamp.org/result-page-memorandum-against-fuel-theft

Kami amat berterima kasih dengan kunjungan EXCO PESAMP ke Sarawak, terutamanya untuk bersama-sama berbincang untuk menghasilkan kertas cadangan bagi membantu kami mengatasi masalah kehilangan produk ini, dan juga kerana membantu kami menyerahkan petisyen dan kertas cadangan tersebut kepada pihak atasan PDB.

Akhir sekali, kami di Sarawak ingin menjemput semua AJK PESAMP untuk datang melawat kami sekali lagi, mungkin untuk Mesyuarat akan datang, termasuk AGM.

Klik di sini untuk koleksi gambar di Facebook PESAMP

Wasalam,

Ahli Biro PESAMP untuk Negeri Sarawak