Mesyuarat EXCO PESAMP Bersama YB Datuk Johari Ghani, Timbalan Menteri Kewangan

Post date: Nov 10, 2015 4:40:07 PM

Pada 9 November 2015, PESAMP telah mengadakan mesyuarat bersama YB Datuk Johari Ghani, Timbalan Menteri Kewangan.

Antara lain, perkara berikut telah di perbincangkan:

    • Kenaikan kos operasi dan permintaan kenaikan komisyen

    • Penyelarasan komisyen Diesel & Petrol

  • Mekanisma penetapan Harga Pam

    • Kebenaran untuk menjalankan perniagaan Stesen Minyak sebagai Sdn Bhd

Pada dasarnya mesyuarat berjalan dengan lancar dan beberapa cadangan PESAMP di terima oleh YB Datuk Timbalan Menteri. Namun PESAMP di tugaskan untuk mendapatkan data secara terperinci daripada semua Dealer PETRONAS seluruh Malaysia bagi memperkuatkan lagi kertas cadangan. Antara data-data yang diminta adalah:

    1. Butiran Stesen (Nama & Jualan Bulanan)

    2. Butiran Dealer (Nama & No IC)

  1. Butiran Pekerja Tempatan (Nama & No IC)

  2. Jumlah pekerja Asing

Data ini akan di gunakan oleh Kementarian Kewangan untuk meneliti permintaan PESAMP supaya keputusan yang sewajarnya dapat di capai bagi membantu terutamanya majoriti Dealer yang jualan adalah dalam kategori rendah ke sederhana.

Oleh itu, di minta semua Dealer untuk bekerjasama dengan wakil PESAMP di kawasan masing-masing untuk mengisi borang Excel yang akan di edarkan supaya kita dapat memberikan kepada pihak Kementerian Kewangan data yang di perlukan secepat mungkin.

Perjumpaan kedua akan di adakan untuk membicarakan dengan lebih teliti kertas cadangan PESAMP serta data yang di perolehi dalam masa terdekat nanti.

Klik di sini untuk melihat koleksi gambar di Facebook PESAMP