Post date: Oct 26, 2016 12:59:32 PM
Tarikh: 27 Oktober 2016
Ahli PESAMP dan Rakan Niaga seluruh negara,
Sukacita dimaklumkan bahawa PESAMP akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-31 bagi penggal 2016/2018. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : Sabtu, 26hb November 2016
Masa : 10.00 pagi – 3.30 petang
Pendaftaran : 10.00 pagi
Tempat : Tulip Hall, D’Saji KL Titiwangsa
Lot 143, Seksyen 87
Restoran Terapung
Jalan Kuantan
53200 Kuala Lumpur
Pakaian : Uniform Petronas / Wakil Penjual
Agenda Mesyuarat
2. Disertakan borang pencalonan Ahli Jawatankuasa untuk pemilihan bagi penggal baru 2016/2018. Borang pencalonan perlu disertakan yuran pemprosesan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja) untuk satu-satu jawatan. Jika Penarikan diri oleh calon kurang dari 7 hari sebelum hari pemilihan akan menyebabkan yuran pemprosesan tidak akan dikembalikan.
3. Kepada Rakan Niaga yang masih belum menjadi ahli seumur hidup, anda dikehendaki membawa bayaran keahlian sebanyak RM1,100.00 untuk pendaftaran di kaunter yang disediakan. Peringatan juga kepada semua ahli untuk membawa tunai/cek berjumlah RM150 untuk yuran tahunan.
4. Borang-borang pencalonan dan usul-usul untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ini hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kehormat PESAMP tidak lewat dari 12hb November 2016 melalui email (setiausaha@pesamp.org).
Sekian, terima kasih dan harap maklum.
JAAFAR BIN AHMAD
Setiausaha Kehormat
PESAMP
** Borang Pencalonan, Peta Lokasi dan Salinan Akaun Beraudit ada di sertakan dalam Notis Mesyuarat yang di sertakan di bawah