NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN STESEN MINYAK PETRONAS (PESAMP) KE-29 (PEMILIHAN AJK)

Post date: Oct 11, 2014 3:36:14 PM

Sukacita dimaklumkan bahawa PESAMP akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-29 bagi penggal 2014/2016. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Agenda Mesyuarat

2. Kepada Rakan Niaga yang masih belum menjadi ahli, anda dikehendaki membawa bayaran keahlian sebanyak RM1,100 untuk pendaftaran di kaunter yang disediakan. Peringatan juga kepada semua ahli untuk membawa cek berjumlah RM150 untuk pembayaran yuran tahunan.

3. Usul-usul untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ini hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kehormat PESAMP tidak lewat dari 1 November 2014 melalui email (setiausaha@pesamp.org).

4. Bagi mereka yang ingin menempah bilik di Quality Hotel, sila hubungi Cik Irma di nombor 012-340 9785 untuk tempahan dengan kadar berikut:

o Single room RM195 nett incl breakfast

o Twin Sharing RM205 nett incl breakfast

5. Saya mengharapkan kedatangan kali ini memberangsangkan memandangkan ini adalah AGM melibatkan pemilihan. Kita semua bakal mengharungi gelombang pengapungan harga minyak di mana masa depan perniagaan kita tidak terjamin, melainkan kita bersatu bersama-sama mengharunginya.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

KHAIRUL ANNUAR B ABDUL AZIZ (H/P: 019-3247878)

PS Jalan Reko 2

Setiausaha Kehormat

PESAMP