Penangguhan AGM PESAMP

Post date: Oct 27, 2014 12:45:49 PM

Salam Semua,

Pada mesyuarat AJK PESAMP pada 27hb Oktober 2014 di pejabat PESAMP, Datuk Presiden telah membuat keputusan untuk menangguhkan Mesyuarat Agung PESAMP yang dijadualkan pada 8hb November 2014 kepada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Penangguhan ini adalah kerana isu-isu dengan KPDNKK dan MOF yang masih dalam perbincangan bersiri dengan Kementerian. Datuk presiden adalah individu yang terlibat secara langsung sebagai brand presiden untuk menyelesaikan isu-isu berikut:

    1. Isu pemansuhan subsidi untuk bahan diesel yang dijangkakan bermula 1hb Jan 2015

    2. Kenaikan Komisyen, GST dan isu Sdn Bhd

Presiden memohon maaf kepada semua ahli atas segala kesulitan yang di hadapi.

Yang Berkhidmat,

SU PESAMP