Perbincangan Terbuka PDAM & PESAMP & Isu EGM/AGM PESAMP
Post date: Mar 21, 2017 3:54:10 AM
Salam semua,
Saya dengan rendah hatinya ingin menjemput semua pihak untuk hadir ke majlis perbincangan PESAMP yang akan di adakan bersama dengan Roadshow PDAM yang akan di laksanakan pada hari Rabu ini.
Butiran adalah seperti berikut:
Tarikh: 22 Mac 2017 (Rabu)
Tempat: Kelab Shah Alam
Masa: Selepas perhimpunan PDAM yang bermula pada 9:30 am
Di sini kami barisan AJK PESAMP ingin membuat perbincangan terbuka mengenai perkara-perkara yang banyak di sebut kebelakangan ini, iaitu isu EGM.
Adakah pihak AJK PESAMP menentang EGM/AGM untuk di adakan?
Kami barisan AJK PESAMP tiada halangan untuk sebarang EGM/AGM. Sebenarnya itulah yang telah kami sama-sama berbincang dan membuat keputusan bersama dengan rakan-rakan AJK lama PESAMP; setelah perbincangan mengenai kontrak itu selesai dan terma-terma yang di beri kepada kita, maka PESAMP akan membuat satu EGM/AGM untuk kita secara bersama membuat keputusan untuk menerima atau menolak kontrak tersebut, selain terus memperjuangkan untuk penambahbaikan REDA untuk rakan-rakan yang menandatangani REDA.
Sila rujuk ucapan tahun baru 2017 yang telah di email kepada semua atau seperti di website PESAMP (http://www.pesamp.org/pengumuman/ucapanselamattahunbarupresidenpesamp). Bahagian yang saya maksudkan dalam ucapan itu adalah berikut:
Jelas di atas telah di putuskan untuk satu keputusan di buat di dalam EGM/AGM (kerana AGM PESAMP akan di buat dalam bulan April atau Mei 2017) kerana kami merasakan perbincangan mengenai kontrak baru akan selesai sebelum 1hb April 2017, namun perbincangan ini telah di tangguhkan disebabkan:
Isu harga siling
PDAM telah berjaya mendapatkan persetujuan KPDNKK supaya selepas ini tiada lagi kenaikan kos seperti OLF tanpa kebenaran pihak KPDNKK.
Penangguhan ini telah sama-sama di buat antara pihak PDB dan EXCO PESAMP dalam mesyuarat kita bersama PDB baru-baru ini. Sila rujuk artikel ini http://www.pesamp.org/pengumuman/jalinankerjasamadenganpdb.
Oleh itu perbincangan ini tertangguh, dan EGM/AGM belum sampai masa untuk membuat keputusan untuk menerima atau menolak perjanjian baru ini. Tetapi sekiranya ingin di adakan juga, marilah bersama-sama berbincang secara terperinci dulu sebelum merangka usul untuk EGM/AGM ini. Sebagai contoh usul yang kita nak bawa dulu adalah penerimaan atau penolakan perjanjian baru dalam EGM/AGM. Sekarang apakah usul-usul selain ini yang akan dibawa?
Kempen memburukkan PESAMP selari dengan kempen mengadakan EGM?
Kemusykilan timbul kerana desakan untuk mengadakan EGM ini datang daripada satu kumpulan AJK yang tidak diketahui siapa. Ada desas desus bayangan siapa dalam AJK tersebut, namun tiada di mana-mana tertulis siapakah AJK EGM ini. Dan apakah motifnya untuk bypass pihak AJK PESAMP dan memanggil EGM ini tanpa melalui PESAMP atau mengikut perlembagaan? Perlembagaan kita kan ada, prosedurnya perlu tulis ke SU PESAMP untuk di bincangkan di dalam mesyuarat AJK, dan mesti ada usul yang terang, bukan sekadar topik perbincangan semata-mata. Dan pihak AJK PESAMP akan membuat keputusan samada untuk memanggil EGM/AGM atau tidak, dan sekiranya di panggil EGM atau usul di bawa ke AGM, perlu menyertakan usul-usul yang jelas. Tiada di sebut dalam Perlembagaan kita ada AJK EGM selain AJK PESAMP.
Banyak persoalan lain timbul:
Bila PESAMP membuat keputusan untuk membawa isu ini dalam AGM, kenapa tidak bersetuju walhal itulah persetujuannya dulu? Kenapa berkeras untuk EGM sedangkan AGM pun sama fungsinya?
Bila PESAMP berjumpa ahli-ahli di negeri masing-masing mengapa menyatakan itu Divide and Rule?
Bila PESAMP ajak berbincang bersama mengapa tidak hadir pula?
Mengapa berkeras hanya akan hadir dalam EGM yang di terajui oleh AJK EGM yang tidak dikenal pasti dan tidak di beri kuasa dalam perlembagaan kita?
Keraguan kami makin memuncak apabila ada msg-msg sebegini yang telah di sebarkan secara senyap direct kepada rakan-rakan tertentu yang mana kami syaki di mulakan oleh individu-individu yang berkait dengan AJK EGM ini. Saya sudah mengenal pasti individu-individu yang menyebarkan msg whatsapp ini dan beberapa lagi msg fitnah lain seperti ini. Sebagai contoh, berikut adalah dua Whatsapp daripada individu-individu tersebut yang telah di forwardkan ke beberapa ahli. Ahli-ahli kita pula yang terbuka hati, memanjangkan msg ini kepada AJK PESAMP:
Adakah ini secara berhemah? Memanggil Persatuan kita ASS? Di ikuti dengan fitnah semata-mata mengatakan PESAMP punca ceiling price? Kami ada bukti termasuk confirmation daripada Datuk Seri Johari sendiri bahawa isi kandungan message ini tidak betul. Rakan-rakan boleh membaca penerangan PESAMP dan PDAM mengenai isu ini di sini - http://www.pesamp.org/pengumuman/penjelasanmengenaipendirianpdampesampmengenaiisuhargasilingdanpenukaranhargamingguan. Kami daripada mula mempunyai pendirian perubahan perlu di hadkan kepada 5 sen untuk tidak membebankan dealers dan pengguna, tidak pernah kami mencadangkan harga mingguan.
Usul atau Topik Perbincangan?
AGENDA EGM
Perjanjian Baru (penyelarasan perjanjian oleh PDB)
Kekalkan DLA
Penambahbaikan REDA
Analisa dan kadar Komisen terkini
Menerangkan tentang perkembangan situasi terkini
Semakan harga mingguan
Harga siling
ASR vs SMP
Flow meter
Promosi MESRA
Promosi Kedai Mesra yang tidak sesuai
Kenaikan royalti kedai mesra
Full Self Service
Hal-hal berkaitan urustadbir organisasi
Item 2, 3, 5 dan 7 akan di bincang dalam sessi PDAM.
Item 1 seperti di tulis di atas telah ditangguhkan. Boleh kita bincang bersama tapi tiada usul di sini kerana perjanjian baru telah di tangguh.
ASR vs SMP – ini ada di bawah perbincangan PDAM, dan boleh kita juga berbincang bersama bawah PESAMP. Apakah usul di sini?
Hal-hal berkaitan urustadbir, apakah hal-halnya, dan apakah usulnya?
Ini semua perlu diperjelaskan dan diperhalusi sebelum notis EGM dikeluarkan dengan menyertakan usul-usul yang jelas
Keraguan antara ahli menimbulkan banyak teori
Tidak pernah di bincang atau terfikir isu penggulingan AJK sedia ada. Yang membuat sesetengah pihak terfikir adalah msg whatsapp me war-warkan EGM itu sendiri yang ada menyebut tidak akan menggulingkan mana-mana AJK. Bila di sebut timbul keraguan. Oleh kerana kenyataan ini membuatkan ramai ahli terfikir adakah mungkin ini motifnya, lebih-lebih lagi dalam semua message whatsapp yang awal tidak di sebut agenda 8 iaitu hal-hal berkaitan urustadbir organisasi, tetapi bila klik link ada pula agenda itu. Macam misleading pula.
Ada juga ura-ura nak memperkenalkan Council of the Elders atau Panel Penasihat atau Board of Director. Kalau ada, perlu di perjelaskan apakan fungsi dan bidang kuasa. Adakah ini bermakna kita nak evolve seperti cadangan saya mengikut pertubuhan di Australia dan negara maju, untuk mengadakan Board of Director tergolong Dealers, dan para eksekutif di bawah yang digajikan sepenuh masa untuk membuat kerja-kerja persatuan? Mana sumber pendapatan untuk membolehkan ini berlaku? Manakah yuran tahunan semua ahli-ahli?
Ada yang kata EGM ini membazir masa dan duit kerana AGM dah dekat, di cadangkan untuk membuat AGM terus dan bawa usul-usul yang sama.
PESAMP pun telah bersetuju nak buat EGM/AGM untuk bincang isu kontrak, kenapa AJK EGM lain yang hendak mentadbir EGM ini di belakang AJK PESAMP tanpa mengikuti perlembagaan?
Justeru
Di saat genting ini, marilah kita bersatu.
Tolong beri senarai nama AJK EGM ini, dan datanglah berbincang dengan AJK PESAMP sedia ada. Saya berjumpa rakan-rakan di Sarawak ramai yang mengingatkan EGM ini di kendalikan oleh AJK PESAMP.
Untuk tidak lagi timbul keraguan, marilah kita bersama-sama berbincang secara berhemah, tanpa rhetoric, tanpa msg2 berunsur fitnah atau memburukkan nama baik PESAMP.
Datanglah ke perjumpaan PESAMP bersama ahli hari Rabu ini
Kita bincang sama, kita ni sama, kita semua dealers
Wasalam
Presiden PESAMP