Updated 27 Feb 2014: Pertukaran Lokasi - DIALOG EKONOMI GABUNGAN RAKYAT - SESSI TIMBALAN MENTERI KEWANGAN BERSAMA PENGUSAHA STESEN MINYAK BUMIPUTERA SELURUH MALAYSIA

Post date: Jan 24, 2014 6:20:59 AM

Salam Dealers,

Untuk makluman semua, Sessi Dialog Ekonomi Gabungan Rakyat Antara Dealers Stesen Petrol Bumiputera Malaysia dengan Timbalan Menteri Kewangan (Dato Ahmad Maslan) akan diadakan.

Butiran adalah seperti berikut:

Lokasi: Grand Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur (Bersebelahan PWTC)

Tarikh: 28 Feb 2014 (Jumaat)

Masa: 3 – 5 pm

Pakaian: Uniform Dealer PDB

Dealers disarankan berjemaah solat Jumaat di PWTC yang akan di imamkan oleh Setiausaha Timbalan Menteri Kewangan sendiri, Dato' Shamsul Najmi.

Untuk pengetahuan semua, pihak Timbalan Menteri Kewangan sedang membuat persiapan menyediakan dewan yang akan disewa untuk sessi Dialog ini, dan dewan mungkin akan ditukarkan kepada dewan lebih kecil kerana ramai Dealer belum RSVP dan setakat 4 pm 25 Feb 2014 hanya 140 daripada 800 Dealer telah mengesahkan kehadiran. Di minta sesiapa lagi yang berminat untuk mendaftar dengan mengisi borang online dibawah selewat-lewatnya pada 12 tghari 26 Februari 2014 (Rabu). Sekiranya ramai yang hadir tanpa RSVP kita khuatir dewan yang disewa tidak cukup tempat duduk.

Borang Pengesahan Kedatangan boleh di isi di sini -> https://docs.google.com/forms/d/1yUtmHBwEC_be7YNI3Nl3rMsKaMC2UEaMmGP4KRVuiFE/viewform

Wasalam,

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas (PESAMP)

Khairul Annuar Aziz

Setiausaha Kehormat