Perjumpaan PESAMP bersama VP Petronas Downstream Encik Mohamed Firouz

Post date: Nov 10, 2015 4:32:17 PM

PESAMP telah di jemput mesyuarat bersama Vice President Downstream PETRONAS, Encik Mohamed Firouz. Rumusan Perbincangan:

    • PDB dan Pesamp mempunyai hubungan yang amat baik dan meminta agar Pesamp menjadi suara rakan niaga kepada PDB.

  • Pihak pengurusan PDB akan berjumpa dengan pihak KPDNKK untuk membincangkan urusan berkenaan Master Dealer, Sdn Bhd dan juga perubahan harga jualan minyak.

  • PDB memohon agar pihak Pesamp dapat memujuk dan mempengaruhi sebahagian rakan niaga yang sedang mempertimbangkan memperbaharui pajakan tanah kepada pihak pesaing.

  • Memberi insentif dan fokus utama kepada stesen jualan rendah.

  • Promosi perlu seimbang, tidak kira Kedai Mesra vs Mini Mesra, Semenanjung vs Sabah & Sarawak.

  • Mempertimbangkan cadangan untuk menjual produk-produk berkaitan Petronas seperti Petronas Motosport di Kedai Mesra Petronas.

  • “Deregulation” : Apungan harga minyak perlu di ambil serius, dan PDB perlu merancang persediaan bersama PESAMP. PDB meminta agar Pesamp dapat sentiasa memperingatkan kepada semua rakan niaga berkenaan implikasi apungan harga minyak dan agar rakan niaga menjadi perniagaan terus maju menjelang ‘deregulation’.

    • Cadangan untuk menyediakan latihan kemahiran pemasaran akan dipertimbangkan dan dibincang dengan lebih teliti.

Harapan Encik Mohamed Firouz daripada PESAMP dan semua RN:

    • PDB dan Pesamp haruslah mempunyai ‘close synergy’ dan perlu bekerjasama antara satu sama lain. Pesamp memainkan peranan sebagai wakil suara rakan niaga.

    • Di harap semua Rakan Niaga menyertai dan menyokong penuh PESAMP.

    • Fokus utama adalah Anjakan minda ke arah peningkatan jualan secara keseluruhan.

    • Tumpukan usaha bersama untuk memastikan sasaran jualan PDB dapat dicapai menjelang hujung tahun 2015.

    • Komitmen bersama ke arah mencapai matlamat dan sasaran tahun 2016-2017

Akhir sekali, memorandum beserta cadangan membina telah diberikan oleh wakil PESAMP Sarawak kepada MD, Encik Ibrahimnuddin, untuk mengatasi masalah kehilangan produk semasa penghantaran yang di hadapi oleh pengusaha di Sarawak.