Program Rehiring PATI (Kenyataan Media daripada KDN)

Post date: Feb 16, 2016 2:35:16 PM

Salam Semua,

Berikut adalah artikel daripada laman web KDN iaitu kenyataan media daripada pihak KDN berkenaan program rehiring PATI (Program 6P) yang sedang dijalankan.

http://www.kdn.gov.my/index.php/ms/kenyataan-media-akhbar/2609-kenyataan-media-pelaksanaan-program-penggajian-dan-penempatan-semula-pendatang-asing-tanpa-izin-pati-program-rehiring

Saya di hubungi oleh pihak MyEG dan di beri panduan bahawa hanya melalui laman web yang tertera seperti dalam kenyataan media KDN sahaja adalah saluran sah untuk tujuan rehiring PATI.

Bagi stesen-stesen Petronas, kita tidak dibenarkan untuk mendaftar di atas nama syarikat sendiri kerana Sektor Servis – Petrol Station adalah sektor yang di bekukan. Sekiranya kita cuba untuk mendaftar online dan membuat sebarang bayaran; dan sekiranya permohonan di tolak, tiada pemulangan atau refund akan diberikan. PESAMP akan berjumpa dengan Imigresen untuk mendapatkan penjelasan/penerangan lanjut, dengan harapan kelonggaran di berikan untuk semua majikan mendaftar pekerja PATI sedia ada di bawah nama syarikat masing-masing.

Harap Maklum, dan sekiranya ada ejen yang menawarkan servis, di minta berhati-hati kerana ianya bercanggah dengan kenyataan media KDN yang terkini.

Wasalam,

Khairul Annuar bin Abdul Aziz

Presiden, PESAMP