Strategi Menangani Penurunan Harga Minyak Bulan Februari 2015.

Post date: Jan 28, 2015 6:20:34 AM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera RN-RN yang di hormati sekelian.

Berikut adalah tindakan yang PESAMP sarankan kepada semua RN untuk menangani isu penurunan harga minyak awal bulan Februari 2015:

  1. Selaras dengan keputusan mesyuarat diantara KPDNKK, PDAM dan Syarikat Minyak pada 30 Disember 2014 (minit mesyuarat disertakan), bagi mengurangkan beban kerugian RN akibat daripada penurunan harga minyak pada 1 Februari 2015, RN perlu ada 2 hari stok pembukaan pada 1 Februari 2015. Ini bagi memastikan PDB mempunyai masa untuk menambah stok di semua stesen Petronas seluruh Malaysia pada 1 & 2 Februari 2015 dan mengelakkan stesen daripada mengalami kekeringan

  2. RN dikehendaki menguruskan stok minyak dengan berhemah dan berhak untuk menolak penghantaran minyak secara keseluruhan atau sebahagian, jika stok minyak di stesen mencukupi untuk 2 hari stok pembukaan pada 1 Februari 2015.

  3. Bermula dari tarikh 28 Januari 2015, RN dinasihatkan untuk memantau kuantiti dan jadual penghantaran minyak ke stesen. Sekiranya RN memerlukan apa-apa perubahan atau penolakan, RN perlu memberitahu pihak yang berkenaan secara e-mel. Elakkan untuk menolak penghantaran minyak setelah lori tangki berada di stesen.

Sekian, Wasalam.

Khairul Annuar Aziz

Presiden PESAMP 2014-2016