Tabung Bantuan Anak Yatim Piatu Penyelia Stesen Petronas Pekan Nenas, Johor

Post date: Apr 27, 2014 3:17:06 AM

Assalamualaikum Wbt,

Umum sedia maklum bahawa pada 22hb April lalu berlaku satu kemalangan yang mengorbankan seorang ibu tunggal (Roslina Mangil, 29) bersama dua orang anaknya (Mohd Sufi Jamaludin, 11 dan Melati Ayu, 9) di Pontian Johor. Di bawah adalah link laporan kemalangan tersebut:

http://www.sinarharian.com.my/tiga-beranak-maut-1.273310

Perkara yang tidak diketahui ramai adalah ibu tunggal terbabit merupakan penyelia PS Pekan Nenas Johor. Arwah mula bekerja sebagai penyelia setelah arwah suaminya meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalanraya 5 tahun lepas; untuk menyara hidup keluarga. Akibat kemalangan ini, arwah telah meninggalkan seorang anak berusia 6 tahun yang kini merupakan anak yatim piatu.

Pihak PESAMP telah mengambil inisiatif menubuhkan tabung bantuan khas untuk anak arwah Roslina Mangil.

Dealer boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank PESAMP (No Akaun 5623-0200-7536).

Sila emailkan resit sumbangan ke alilok69@yahoo.com (Bendahari PESAMP) dan setiausaha@pesamp.org untuk rujukan kami.

Sumbangan saudara-saudari amatlah dihargai.

Yang Berusaha,

Setiausaha Kehormat PESAMP