Buletin PESAMP - 3hb November 2020

Berita Terkini Aktiviti-Aktiviti PESAMP sepanjang PKP 2020


Salam sejahtera Rakan Niaga seperjuangan yang dihormati.


Tahun 2020 merupakan tahun yang amat mencabar dengan penularan virus COVID-19 sehingga menjadi satu pandemik seluruh dunia.


Malaysia juga sedang melalui gelombang ketiga, di mana setiap gelombang telah mengakibatkan kesan negatif terhadap perniagaan kita.


Walaupun berhadapan situasi ekonomi yang kurang baik dan mengharungi pandemik COVID-19 yang amat dahsyat, AJK PESAMP masih sibuk dengan aktiviti-aktiviti dan sesi-sesi perbincangan dengan pihak PDB dan pihak kerajaan sepanjang tahun 2020 ini.


Antara isu perbincangan yang penting bagi tahun ini adalah perancangan untuk membantu perniagaan semua RN supaya dapat mengharungi pandemik ini.


Selain itu PESAMP juga banyak terlibat dalam perbincangan pembangunan sistem Sentinel, Salesforce, Tip-Top, Paynet, Setel dll.


Melalui PDAM pula, PESAMP telah banyak menyumbang dalam isu-isu seperti penguatkuasaan SKLD, isu kenaikan harga rokok, dll.


Boleh dikatakan setiap minggu ada wakil daripada PESAMP bersama PDB dalam mesyuarat (online atau mesyuarat biasa).


Dalam perbincangan dengan PDB, PESAMP sememangnya sentiasa melihat dari kaca mata perniagaan RN dan juga PDB.


Pihak PESAMP, sentiasa cenderung untuk mendapatkan senario “Win-win” untuk semua pihak.


A. Kredit Tetap untuk Pembelian Minyak


Alhamdullilah, setelah sekian lama berbincang, akhirnya pihak PDB telah memulakan proses untuk menilai kredibiliti kredit setiap RN bagi membolehkan pemberian kredit pembelian minyak semasa PKP untuk menjadi tetap.


Proses permintaan Salinan Penyata bank adalah sebahagian daripada proses penilaian ini.


Insya Allah kemudahan kredit tetap untuk pembelian minyak ini akan dinikmati oleh semua RN.


B. Pakej Bantuan Khusus untuk PKP


Setelah mengalami kerugian yang teruk akibat penurunan harga mendadak dan kejatuhan jualan di stesen akibat perlaksanaan PKP, PDAM telah banyak membuat kenyataan akhbar dan menulis surat kepada pihak kerajaan untuk memberi bantuan kepada peruncit petroleum (pengusaha stesen) bagi memastikan perniagaan ‘essential’ ini dapat di teruskan.


Susulan itu, PESAMP telah berbincang dengan PDB mengenai pakej khas untuk RN bagi memastikan perniagaan dapat diselamatkan dan diteruskan.


Hasil daripada ini, pakej bantuan MCO untuk RN telah ditawarkan kepada semua RN sehingga ke hari ini.


Setelah PDB menawarkan pakej tersebut, syarikat-syarikat minyak lain juga mencontohi penawaran kepada dealer mereka.


C. ASR 2.0


PESAMP telah melalui beberapa perbincangan dengan PDB mengenai ASR 2.0 yang telah dilancarkan di Utara dan Timur.


ASR2.0 adalah inisiatif PDB, dan PESAMP di panggil hanya untuk memperlahusi isu yang mungkin timbul, kriteria penetapan kuantiti pesanan dan masih mencari ruang untuk pembaikan.


Namun persetujuan sepenuhnya masih belum di capai, kerana ada persoalan-persoalan yang masih belum terjawab, seperti adakah ASR2.0 akan terus di guna pakai untuk memberi tahap stok yang konsisten setiap hari kepada semua stesen termasuk musim perayaan (tiada lagi tanktop?).


Juga persoalan pengiraan anggaran kuantiti jualan setiap hari yang menentukan kuantiti pesanan setiap produk, masih di bincang bersama.


PDB dan PESAMP mengambil kira 3 isu yang perlu ditangani:


  1. Persepsi bahawa ada golongan RN yang dimangsakan semasa setiap perubahan harga, di mana stok yang diminta lebih tidak kesampaian apabila harga pam naik, dan juga sebaliknya.

  2. Keluhan RN yang menyatakan ada “preferential treatment” kepada sesetengah kumpulan RN yang selalunya dapat pengubahan kuantiti pesanan setiap kali ada perubahan harga yang membolehkan mereka memaksimakan keuntungan semasa kenaikan harga, dan meminimakan kerugian semasa harga turun.

  3. Akibat daripada perubahan pesanan yang ketara setiap kali adanya perubahan harga, maka kuantiti penghantaran kepada rangkaian stesen Petronas juga tidak menentu, adakalanya terputus kerana terlalu banyak pesanan tambahan untuk mengambil peluang mengaut keuntungan semasa kenaikan harga, dan sebaliknya.


Dikaitkan dengan isu no (2) di atas, isu ini telah menjadikan situasi di mana pihak ketiga, iaitu syarikat pengangkutan tidak dapat memastikan pendapatan yang konsisten. RN yang tiada “preferential treatment” akan menjadi mangsa “load hijack” dan PDB mengalami masalah untuk memastikan bekalan di stesen mencukupi dan tiada terputus bekalan minyak ke pasaran.


Di sini, pihak PESAMP sentiasa memastikan jadual penghantaran dapat dioptimumkan; sambil memenuhi syarat bekalan stok yang adil kepada semua RN.


Kami terus bersama PDB bagi membincangkan kuantum pesanan yang optimum dan adil bagi semua RN, dan akan terus berbincang untuk memperhalusi dan memperbaiki sistem pesanan ASR 2.0 ini.


Sesiapa yang ada bukti bahawa stok melebihi keperluan ikut kuota harian.


Sila emailkan berikut:

Email: shahnaz@pesamp.org

  • Bukti email permintaan yang dihantar kepada COF (Forward/Print Screen)

  • Jumlah stok hari sebelum.

  • Jualan hari sebelum dan hari yang sama pada minggu sebelum.


D. Merchant Discount Rate (MDR)


PDAM telah berbincang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Paynet. Mengikut BNM Payment Card Reform Framework, bermula 1 Januari 2021, Interchange Fee untuk semua pembelian kad kredit sepatutnya turun kepada maksmima 0.48%.


Ini bagi membolehkan MDR kepada merchant diturunkan daripada kadar semasa.


Untuk pengetahuan semua, Interchange Fee adalah kompenen MDR kita:


MDR = Interchange Fee + Switching Cost + Margin


  • Interchange Fee adalah fee yang di kenakan oleh Visa, Master atau AMEX yang di kawal oleh BNM.

  • Switching Cost dan Margin adalah caj yang di kenakan oleh Bank terhadap Merchant.

  • Nota bagi eWallet interchange fee tidak di kenakan.


Walaubagaimanapun, pihak National Cards Group (yang terdiri daripada gabungan bank-bank di Malaysia) telah berbincang dengan Bank Negara Malaysia, dan BNM telah bersetuju penurunan Interchange fee kepada 0.48% tidak akan berlaku. PDAM berpendapat ini adalah satu keputusan yang memihak kepada pihak NCG yang ingin mempertahankan keuntungan mereka melalui MDR yang diterima melalui setiap pembelian melalui kad kredit, dan bercanggah dengan usaha BNM yang ingin menurunkan penggunaan kad kredit dan menggalakan kegunaan kad debit.


Oleh itu, PESAMP melalui PDAM akan berbincang bersama persatuan-persatuan peruncit lain (seperti Malaysian Retailers Association) bagi mencari jalan untuk memastikan MDR kita terus turun, terutama kerana penggunaan kaedah pembayaran melalui medium elektronik seperti eWallet, Kad Debit dan Kredit akan bertambah; sebagai New Normal yang menyusul pandemik COVID-19.


PESAMP juga telah meminta pihak PDB untuk melancarkan sistem Paynet yang dapat mengurangkan MDR untuk setiap pembelian kad debit (Contoh Petron hanya membayar 0.48% setiap pembelian kad debit setelah bertukar ke Paynet).


InsyaAllah, penggunaan Paynet juga akan mengatasi masalah RM200 pra-bayaran ditahan oleh pihak bank bagi setiap pembelian, dan membolehkan semua pelanggan yang hendak membeli minyak di stesen menggunakan kad debit, walaupun baki di dalam akaun kurang daripada RM200.


PESAMP berharap kos bebanan MDR dapat dikurangkan secara menyeluruh.


Isunya juga, semua pembelian tunai (tukar kepada SETEL), kad dan lain-lain di buat melalui SETEL juga, akan dikenakan MDR 0.8%. Ini akan mensia-sia kan semua usaha PDAM dan PESAMP untuk menurunkan MDR bagi pembelian kad debit, kad kredit dan eWallet, dan bertentangan dengan usaha BNM untuk menurunkan MDR melalui penurunan Interchange Fee, bagi menggalakan penerimaan pembayaran elektronik oleh pihak peruncit.


Oleh itu PESAMP akan berbincang dengan PDB mengenai kadar MDR untuk:

  1. Smart Pay

  2. Setel

  3. Kad Kredit

  4. Kad Debit


E. Margin Jualan Rokok


PDAM telah berbincang dengan Malaysia Retail Association (MRA : Ahli-ahli seperti Giant, Tesco, Speedmart dan lain-lain) untuk berjumpa Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa terdekat untuk mengatasi isu kenaikan harga rokok.


Cadangan bersama adalah sekiranya ada kenaikan kos oleh pengeluar atau pengedar, harga jualan oleh peruncit juga perlu di naikkan selaras dengan kenaikan oleh pengeluar atau pengedar. PDAM juga akan membincangkan berkenaan hak mana-mana peruncit untuk tidak menjual rokok, seperti persoalan ramai ahli-ahli semua jenama.


Mesyuarat telah di tetapkan pada bulan lepas, namun di tangguhkan oleh kerana pihak KKM sekarang sibuk dengan usaha menangani pandemik COVID-19.


Perbincangan dengan PDB pula telah membuahkan beberapa cadangan bernas.


Antaranya penjualan rokok melalui vending machine di stesen. Isu kerugian akibat kehilangan rokok tidak akan di tanggung lagi oleh RN, dan daya penarikan penjualan rokok kekal dan tidak menjejaskan trafik yang datang ke stesen.


Walau bagaimanapun ini adalah antara cadangan-cadangan yang masih dalam peringkat perancangan.


F. Isu NOK


PESAMP tengah mendapatkan insuran/takaful yang terbaik dan sesuai untuk isu NOK; untuk NOK yang tidak dapat dana untuk menyambung perniagaan (Selain Sdn Bhd).


Beberapa kertas cadangan telah di terima oleh PESAMP.


Sebagai contoh Etiqa Malaysia memberi Pakej Takaful secara berkumpulan yang memberi pembayaran RM250k kepada NOK apabila setiap ahli PESAMP yang meninggal.


Harga premium adalah dalam lingkungan RM1k ke RM1.2k setiap ahli setiap tahun, dengan syarat semua ahli membayar premium ini secara berkumpulan melalui PESAMP.


Semua ahli di bawah 65 tahun layak untuk mendapatkan perlindungan takaful ini, syarat-syarat yang di kenakan masih sedang di bincang.


Pakej asing juga sedang di perbincangkan untuk ahli melebihi 65 tahun.


Pihak PESAMP masih menunggu lagi 2 sebutharga daripada syarikat insuran/takaful yang lain.


Kami akan membuat pungutan suara sekiranya semua ahli inginkan pakej takaful ini, dan PESAMP akan berusaha mendapatkan yang terbaik.


PESAMP juga telah berbincang dengan pihak PDB di mana proses NOK telah dapat di implementasikan secara efisien bagi membolehkan pengurusan stesen terus di beri ke NOK tanpa sebarang penutupan stesen.


Sebagai contoh apabila arwah Zahan meninggal, PESAMP telah bekerjasama dengan PDB memastikan NOK dapat mengambil alih perniagaan, dan stesen tidak di tutup langsung.


Usaha derma kilat juga telah dapat mengumpul dana sebanyak RM85k yang telah di serahkan kepada keluarga arwah Zahan.


G. Isu SKLD Khidmat Penuh (Full Service) Petron dan Setel


PDAM telah berjaya menghalang PETRON yang dealernya dipaksa untuk melakukan Khidmat Penuh di Forecourt.


Berikutan bantahan semua Persatuan Jenama terutama PESAMP yang telah menghantar surat bantahan terhadap arahan layan penuh Petron kepada pengusaha-pengusaha Petron.


Akhirnya, PETRON telah meminta semua pengusaha-pengusaha Petron memberhentikan aktiviti layanan penih dan menurunkan semua material pemasaran yang menawarkan perkhidmatan layanan penuh kepada pelanggan, kerana ianya melanggar SKLD.


PESAMP pula telah berbincang dengan PDB untuk tidak meneruskan usaha Layan Penuh menggunakan Setel yang telah di pilotkan di beberapa stesen.


Ini kerana ianya melanggar SKLD. Setelah mendapat bantahan Persatuan Brand lain dan perbincangan bersama PESAMP, project ini telah dihentikan kerana perlu menghormati KPDNHEP dan mematuhi SKLD.


H. Pembangunan dan penambahbaikan sistem (Sentinel, Tip Top, Sales Force dll)


EXCO PESAMP telah bersama-sama dengan pihak PDB membantu daripada fasa pembangunan sehingga ke fasa implementasi bagi memastikan sistem yang diimplementasikan adalah efisien dan semua ciri-ciri yang diperlukan oleh kita selaku Rakan Niaga Petronas mencukupi.


Ini amat ketara terutama dalam penambahbaikan sistem Sentinel yang mana pada permulaannya sistem Sentinel banyak tertinggal fungsi-fungsi dan laporan-laporan yang di perlukan oleh RN semua, selain banyak isu sistem tidak stabil.


Penglibatan EXCO PESAMP secara terus di mana melibatkan mesyuarat dan perbincangan 2 ke 3 kali setiap minggu, telah dapat membuatkan sistem Sentinel yang diimplementasi di stesen-stesen sekarang jauh lebih stabil dan efisien untuk operasi harian stesen.


I. Pakej Kewangan


Pesamp telah mendapatkan pakej kewangan terbaru daripada Bank Islam. (Butiran ada dalam email kepada semua ahli).


Kami juga dalam perbincangan dengan SME Bank dan lain-lain insitusi kewangan.


Kami akan berkongsi pakej ini bila diumumkan kelak. Kami berharap penggunaan pakej ini adalah untuk mengurangkan beban perniagaan dan bukan untuk menambah beban hutang jangkamasa panjang.


J. Faedah Keahlian


PESAMP telah berjaya mendapatkan beberapa tawaran khas untuk semua ahli:


PESAMP telah berjaya mendapatkan Fleet discount dengan BMW Malaysia sebanyak 6% setiap pembelian.


PESAMP melalui PDAM juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat automotif seperti Mercedes Benz Malaysia, Toyota, Honda, Proton dan Perodua untuk mendapatkan Fleet discount yang sama.


Di sini, kami meminta cadangan daripada semua ahli, apakah lagi pakej atau faedah berkumpulan yang boleh PESAMP dapatkan untuk semua ahli.


Ini adalah sedikit sebanyak maklumat mengenai usaha-usaha PESAMP sepanjang tahun ini, samada usaha-usaha yang masih di kira Work In Progress mahupun usaha-usaha yang telah berjaya membuahkan hasil seperti pakej bantuan PKP.


PESAMP